Friday, 16 October 2015

Filled Under:

Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone 6




Sejak Apple Inc memperkenalkan telefon pintar terbaharu mereka iaitu iPhone 6 dan iPhone 6 Plus September lalu, rata-rata peminat gajet masih lagi hangat bercerita tentang peranti itu dan betapa mereka ingin memilikinya.

So saya sediakan beberapa sebab kenapa anda tak patut beli iPhone 6. Bukan untuk menghasut dan bukan membenci produk Apple, tetapi sebagai panduan supaya anda boleh pertimbangkan sama ada iPhone 6 berbaloi untuk dimiliki.

Skrin

Walapupun Apple menaik taraf kualiti skrin kepada paparan Retina HD, iPhone 6 masih tidak memiliki kualiti skrin yang hebat. Dengan paparan 1334x750 pixels, masih banyak lagi telefon pintar di luar sana yang hadir dengan saiz sama tetapi memiliki paparan 1080p dan 2k.

Camera Hadapan

iPhone 6 hadir dengan kamera hadapan dengan sokongan pengecaman wajah, sensor, dan f/2.2 aperture, namun ia masih lagi 1.3 megapixels. Ternyata Apple masih lagi ketinggalan dalam teknologi kamera hadapan apabila Samsung Galaxy Note 4 bakal hadir dengan 3.7MP, dan HTC One M(8) memiliki 5MP. Pengguna mahukan kamera hadapan yang berkualiti lebih-lebih lagi dengan trend selfie semakin menjadi-jadi sekarang ni. Apple masih di belakang dalam membangunkan ciri itu. Tapi kita semua tahu yang jumlah megapixels bukanlah segalanya, tapi 1.3MP tu seperti telefon Sony Ericsson tahun 2010.





Customize  

Sistem operasi iOS memiliki paparan yang cukup ringkas dan jika anda suka customize telefon pintar anda dari paparan utama, tema dan jenis font, iOS tidak membenarkan anda mengubahnya.


Mudah Bengkok

Jika anda tidak melayari internet atau semak media sosial baru-baru ini, anda mungkin tidak tahu tentang iPhone 6 Plus mudah bengkok apabila diletakkan dalam poket.  Setiap telefon pintar perlu dijaga dengan baik dan jika anda seorang pengguna lasak, maka iPhone 6 bukan untuk anda. Sebenarnya isu ini tidak lah teruk sangat dan siapa yang sengaja bengkokkan telefon kan? Tetapi iPhone 6 terkena tempiasnya kerana kedua-dua peranti ini diperbuat daripada aluminium.



NFC

Apple masih lagi enggan menyokong fungsi berkongsi foto dan fail secara Near Field Communication (NFC) bagi iPhone 6 dan 6 Plus. Walaupun sebahagian fungsi NFC hadir dalam sistem pembayaran penggunakan telefon pintar, Apple Pay, ia masih belum mencukupi kerana pengguna tidak boleh berkongsi fail dengan peranti lain dengan mudah.

Harga

Harga yang mahal bukan sesuatu yang baru bagi iPhone. Kini harga iPhone 6 adalah yang termahal dalam keluarga iPhone dan telefon pintar paling mahal  termahal di pasaran. Anda boleh dapatkan beberapa telefon pintar yang berkualiti pada harga satu iPhone 6.

Masih ada beberapa fungsi lain yang tidak ada pada iPhone seperti sokongan MicroSD Card, pengecasan pantas, serta kalis air dan debu. Sebab itu anda tidak perlukan iPhone 6 dan pertimbangkan peranti lain dipasaran atau kekal menggunakan iPhone 5s yang dah cukup awesome tu.


Seronok juga baca ruangan komen di Youtube dan lihat mereka yang mempertahankan produk Apple seolah-olah syarikat itu kepunyaan bapa mereka. Don't get me wrong, saya juga merasakan iPhone adalah antara smartphone terbaik. Tapi jangan lupa pada beberapa lagi produk lain dipasaran yang memiliki ciri hebat dan ciri itu tidak ada pada iPhone.

Setakat ini tarikh iPhone 6 dan 6 Plus masuk ke pasaran Malaysia masih belum diketahui, jadi ramai penggemar iPhone di Malaysia pergi ke Singapura untuk mendapatkannya.




0 comments:

Post a Comment