Friday, 16 October 2015
Filled Under:
Dunia Global
Akibat Berjenaka Tayang Wang RM246,000, Lelaki Mati Dibunuh Perompak
Posted By:
ehsembang
on 06:20
Pennsylvania: Perbuatan seorang lelaki berjenaka mengenai duit yang dimuat naik ke akaun Facebooknya membawa padah apabila menyebabkannya menjadi sasaran perompak yang membunuhnya.
Lapor HarianMetro, Tony Harris, 50, memuat naik gambar tunangnya Amber Crane memegang beberapa ikat not wang kertas AS$100 dengan keterangan: “Saya tersalah letak AS$60,000 (RM246,000). Harap-harap isteri saya tidak membelanjakan semuanya.”
Malangnya, seminggu kemudian tiga lelaki bertopeng memecah masuk ke rumahnya dan menuntut supaya dia menyerahkan wang berkenaan.
Harris dilaporkan sentiasa membiarkan pintu rumahnya dalam keadaan tidak berkunci.
Seorang daripada lelaki terbabit mengacukan pistol ke kepala Harris, manakala Amber diacukan pistol seorang lagi perompak.
Mereka menggeledah rumahnya mencari wang dan apabila Harris berkata duit itu tidak wujud mereka berang lalu menembaknya di kepala sebelum melarikan diri.
Katanya, tiga anak mereka berusia lima dan dua tahun serta 10 bulan juga berada di dalam rumah ketika itu. Kejadian berlaku sehari selepas menyambut ulang tahun kelima anak perempuan mereka.
Harris meninggal dunia lapan jam kemudian ketika pembedahan di Hospital Universiti Pennsylvania.
Ketua Siasatan Pembunuhan Polis Philadelphia, James Clark tidak menolak kemungkinan Harris dibunuh kerana apa dimuat naik ke Facebooknya.
“Sebenarnya wang itu tidak wujud. Perompak berkenaan berusia antara 17 hingga 19 tahun,” katanya.
Anak saudara Harris, Anthony Fleming mengesahkan gambar dimuat naik Harris itu sekadar satu gurauan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment