Monday, 12 October 2015
Filled Under:
Isu Semasa
Ini KATA-KATA Mufti Perlis Paling Jujur Kepada Gabenor Bank Negara Yang Ramai ‘Like’ Dan Bersetuju
Posted By:
adibhebat
on 05:11
Ini KATA-KATA Mufti Perlis Paling Jujur Kepada Gabenor Bank Negara Yang Ramai ‘Like’ Dan Bersetuju
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memuji sikap Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berhubung pendiriannya membabitkan isu syarikat pelaburan nasional, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurut Dr Mohd Asri yang lebih dikenali sebagai Dr Maza, tindakan Zeti itu disifatkan sebagai jihad yang besar dalam usaha menyelamatkan negara.
“Semoga Allah memberi pahala yang besar kepada Gabenor Bank Negara (Zeti) yang berusaha menyelamatkan negara dari para pengkhianat dan penjenayah. Itu adalah jihad yang besar,” katanya dalam entri yang dimuat naik dilaman Facebooknya, malam tadi.
Sehingga kini, kenyataan tersebut mendapat perkongsian lebih 5,000 pengguna media sosial dan disukai lebih 41,000 orang.
Sebelum ini, Zeti menerusi satu kenyataan menyatakan siasatan terhadap 1MDB telah pun disiapkan dan laporan tersebut telah diserahkan kepada Peguam Negara.
Menurut Zeti, Bank Negara Malaysia (BNM) sudah mengemukakan kertas siasatan lengkap merangkumi transaksi berkaitan 1MDB kepada Peguam Negara untuk tindakan penguatkuasaan yang bersesuaian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment