[Video]Singapore Post mula mengikut jejak langkah Finland dalam mengadakan ujian untuk menghantar barangan menggunakan kenderaan udara tanpa pemandu, atau lebih dikenali sebagai drone.
Mengikut Singapore Post, ujian drone mereka sebagai penghantar barangan, mengambil masa lima minit untuk menghantar sekeping surat dan sehelai baju-T sejauh 2km.
Langkah ini diambil semasa Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menggalakkan rancangan untuk membangunkan Singapura menjadi “bandar pintar” untuk bersaing dengan lebih baik berbanding bandar-bandar pintar lain seperti Shanghai, San Francisco dan Sydney.
Bandaraya itu memperkenalkan inisiatif seperti menggalakkan orang ramai mengakses peta pintar dan membina pangkalan data ke atasnya supaya orang ramai dapat berkongsi maklumat seperti info trafik serta tempat-tempat makan terbaik.
Singapura juga sedang mengkaji untuk memperkenalkan kereta tanpa pemandu, salah satu projek Google sejak tahun 2009 bertujuan untuk merevolusikan industri automobil.
0 comments:
Post a Comment