Wednesday, 14 October 2015

Filled Under:

JANGAN TERKEJUT!! Bukan Setakat Telur Tiruan,Bank Tiruan Pun Ada!!! HANYA di Cina...

Di China hampir tidak ada apa yang tidak boleh ditiru atau dipalsukan. Daripada membuat telur ayam tiruan, beras tiruan, susu tiruan sehinggalah kepada daging tiruan. Itu belum lagi termasuk meniru produk-produk berjenama besar dan menjualnya seolah-olah ia produk asli. Komputer, telefon, jam, tas tangan, kasut, namakan sahaja, semuanya telah dan pernah ditiru oleh pengusaha-pengusaha tidak bertanggung jawab di negara besar itu.

Terkini, muncul sebuah ‘bank tiruan/palsu’ di China. Menggunakan nama Goldman Sach, bank pelaburan terkemuka di dunia itu, firma palsu tersebut beroperasi di Shenzen atas nama Goldman Sachs (Shenzhen) Financial Leasing Company.

Kewujudan institusi kewangan palsu itu hanya diketahui umum apabila didedahkan oleh International Union of Operating Engineers, sebuah kesatuan sekerja berpangkalan di Amerika Syarikat yang aktif berkempen memerangi rasuah.

Firma palsu itu dikatakan beroperasi secara terbuka, malah mempunyai laman webnya sendiri. Bagaimanapun sejak pendedahan di buat, laman web itu tidak lagi boleh di akses.





0 comments:

Post a Comment