Wednesday, 14 October 2015
Filled Under:
Isu Semasa
[TERKINI]Yatim Piatu Sekelip Mata…..”Ayah Beria-ria Mengajak Saya Ke Kuantan Tetapi Saya Menolaknya”Luahan SEDIH Anak Mangsa Kemalangan Yang Mengorbankan Semua Ahli Keluarganya !!!
Posted By:
ehsembang
on 17:05
“Ketika bersarapan pagi di rumah, ayah beria-ria mengajak saya ke Kuantan tapi terpaksa menolak. Esok saya kena ambil kertas akhir untuk subjek Matematik.
“Tidak lama selepas itu, saya diberitahu mereka (keluarganya) terlibat dengan kemalangan,” kata pelajar Kolej Vokasional Wakaf Tembusu ini.
Bapanya Azaman Ramli, 49, dan ibu tirinya Noor Akmal Mohd Zain, 48, serta empat adik beradiknya terkorban dalam kemalangan di Kilometer 258, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berdekatan Hentian Rawat dan Rehat Perasing di Jabor.
Kereta Toyota Camry dipandu bapanya dilapor terbabas dan merempuh belakang treler.
Anak sulung ini berkata bapanya yang bekerja sebagai Pengurus Pusat Jualan Perodua di Padang Midin di sini mahu ke Kuantan untuk menemui seorang rakan lamanya bagi membincangkan mengenai pertukaran lokasi kerjanya ke Kota Baharu pada 1 November ini.
“Saya sangat sedih dengan pemergian mereka dalam sekelip mata dan hasrat ayah untuk berjumpa rakannya juga tidak kesampaian. Dua minggu lalu saya baru sahaja kematian ibu,” katanya. – BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment