Tuesday, 13 October 2015

Filled Under:

Ramai Yang Cakap Musik ni Tak elok, dengan DUA Sebab ini akan Buat Mereka Terfikir.


2 Sebab Muzik Penting Dalam Kehidupan Seharian
Hidup mesti mempunyai hiburan sama ada gelak kewata , muzik , gurau senda dan sebagainya sebagai penyeri hari-hari kita . Namun percayakah anda , hidup akan menjadi bosan jika tiada muzik .



Bayangkan 1 hari anda tidak mendengar Radio , Lagu , bunyi-bunyian dan sebagainya . Apa yang anda rasa ? adakah hidup anda pada hari tersebut berjalan lancar ? pada aku that will be the worst day to me sebab aku rasa kosong bila takde muzik .

Muzik dan masyarakat tidak dapat dipisahkan kerana muzik pada masyarakat menjadi tempat mereka meluahkan perasaan dan tenaga mereka terutama dalam mengharungi kehidupan yang penuh cabaran ini.

Berikut aku kongsikan 2 sebab mengapa muzik penting dalam kehidupan seharian manusia :

Muzik mampu memberi ketenangan jiwa
Muzik mampu memberi ketenangan jiwa kepada seseorang kerana apabila mendengar muzik, jiwa seseorang akan tenteram terutama mendengar muzik kegemarannya. Irama muzik yang mendayu-dayu menyebabkan jiwa seseorang yang suka memberontak akan kembali menjadi tenang dan gembira



Muzik menjadi rawatan psikologi kepada sesetengah penyakit
Hal ini dapat dibuktikan dengan penggunaan gamelan kepada pesakit . Bunyi yang dihasilkan gamelan mempunyai gelombang yang mampu membantu sedikit sebanyak proses pemulihan bagi sesetengah penyakit hasil dari penyelidikan profesor madya Ghause Nasaruddin .

Salah ke Main Muzik ?
Pada aku tak salah untuk kita bermain muzik . Ada bakat dan minat , ayuh kembangkan dan salurkan ke tempat yang betul . Insyallah banyak manfaat yang dapat kita kongsikan bersama dengan orang lain .

Setiap yang kita lakukan sudah pastinya akan menimbulkan 2 persepsi masyarakat sama ada Positif dan juga Negatif . Hal ini tak dapat nak elak lagi sebab ada yang suka dan sudah pastinya akan ada yang tak suka .

Tepuk dada tanya selera , selagi mana muzik yang dibawa itu tidak mendatangkan keburukan , selagi itu kita boleh teruskan dan sebarkan atas dasar perkongsian ilmu yang mana semua orang tak miliki . Tapi bila ada keburukan , haruslah ianya di cegah dan di tukar gaya dan penggunaanya agar lebih sesuai dengan keadaan .




0 comments:

Post a Comment