Rangkaian kedai runcit 24 jam paling terkenal di Malaysia 7-Eleven meminta maaf kerana tersilap mengenakan bayaran cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk jualan akhbar, macam yang terjadi dengan isu topup. Menulis di Facebook, 7-Eleven menjelaskan bahawa perkara itu berlaku akibat kesilapan sistem mesin jualan.
“Sejurus sahaja kesilapan sistem itu diketahui kami terus ambil tindakan dengan menarik balik produk ini daripada jualan supaya tidak menyusahkan pelanggan.
“Bagaimanapun kami faham bahawa insiden itu menyebabkan kekecewaan kepada pelanggan kami dan oleh itu kami dengan ikhlas memohon maaf,” kata 7-Eleven.
Rangkaian kedai runcit itu berkata masalah sistem sudah berjaya ditangani dan harga baru akan dilaksanakan secepat mungkin.
7-Eleven juga berkata mereka tidak akan menjual barang-barang lain terjejas sehingga masalah sistem ditangani sepenuhnya.
Beberapa pengadu memuat naik gambar di media sosial hari ini, mendakwa mereka dikenakan GST untuk pembelian akhbar.Loo Chi Meng mengadu di Facebook 7-Eleven agar kedai tersebut segera memperbetulkan kesilapan.Pengguna Internet Jay Thoo pula memuat naik gambar resitnya ke Facebook 7-Eleven dengan tulisan aduan: “Dahsyat, suratkhabar sepatutnya tidak dikenakan GST. Kenapa 7-Eleven kutip?”
Soh Mei Yen pula mengadu di Facebook KK Mart : “Ayah saya membeli suratkhabar daripada kedai kamu juga dikenakan 6 peratus, kenapa? Saya ada hak untuk lapor tentang kedai kamu.”
7-Eleven kemudian meminta maaf kerana tersilap mengenakan GST untuk jualan akhbar dan menjelaskan bahawa perkara itu berlaku akibat kesilapan sistem mesin jualan.
KK Super Mart pula menyeru pengguna yang tersilap dikenakan GST agar kembali menuntut balik bayaran itu.
“Kepada pengguna, jika kedai kami mengenakan GST pada barang yang tidak sepatutnya, sila kembalikan resit ke kedai tersebut.
“Wang GST yang telah dikenakan akan dikembalikan,” tulis KK Mart di Facebooknya.
Selain 7-Eleven, KK Super Mart juga berdepan dakwaan sama.
Menulis di Facebook, KK Super Mart menyeru pengguna yang tersilap dikenakan GST agar kembali menuntut balik bayaran itu.
Monday, 12 October 2015
Filled Under:
ekonomi
GST : SILAP CAJ!!! 7-Eleven Dan KK Super Mart Mohon Maaf!!
Posted By:
ehsembang
on 12:10
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mintk maaf menyelah. Saya nk ambik gaji saya kt kk mart. Tpi mcm mne eh. Sbb gaji tu da dkt setahun tk ambk. Last brhnti supevisor suruh ambk dekt petaling jaya
ReplyDelete