Tuesday, 13 October 2015
GEMPAR GADIS TUDUNG JADI MANGSA NITIZEN LAGI !
Posted By:
adibhebat
on 17:38
GEMPAR GADIS TUDUNG JADI MANGSA NITIZEN LAGI !
Tebaru, seorang gadis dikritik nitizen kerana tindakan luar sedar beliau menggunakan troli untuk barangan yang tidak halal. Namun demikian wanita ini mendapat sokongan dan pembelaan daripada orang ramai yang mempersoalkan pihak yang mengambil gambar wanita ini tidak memberi nasihat dan teguran atas ketidaksedaran wanita ini. Kita sepatutnya menjadi warganegara yang bertanggungjawab bukan hendak glamour sahaja.
Jika anda terjumpa situasi seperti ini. Apakah tindakan yang anda akan lakukan? Jangan lupa tanggungjawab kita sebagai muslim, saling mengingati tentang kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Diri sendiri juga kenalah peka dan berhati-hati menggunakan atau memilih barang keperluan. Pastikan halal dan disahkan oleh pihak JAKIM.
30 Tips Pengguna Bijak
Jangan mudah terpengaruh dengan IKLAN dengan maklumat yang keliru serta yang selalu mengeksploitasi kaum wanita yang dijadikan sebagai model.
Elakan penggunaan kad kedit kerana anda akan cenderung untuk berbelanja lebih dan bersikap boros, bawalah wang tunai yang secukupnya ketika membeli.
Beli barangan secara pukal lebih murah berbanding membeli barangan dalam kuantiti yang sedikit.
Buatlah belanjawan sebelum membeli belah.
Bandingkan yang mana satu keperluan ataupun kehendak, keperluan harus didahulukan berbanding kehendak.
Berjimat cermat amalan mulia, bertabunglah walaupun sesen kerana sikit-sikit lama-lama jadi bukit!
Semasa membeli-belah di pasaraya, pilihlah raga/bakul berbanding troli untuk mengisi barang, kerana hal ini akan membantu anda untuk bersederhana ketika membeli-belah!
Lihatlah katalog barangan sebelum membeli belah, belilah barangan yang ada promosi, ini akan membantu anda untuk berjimat!
Gores dan menang, jangan terpedaya. Pengguna yang bijak perlu bertindak secara rasional.
Masak di rumah lebih jimat berbanding makan di luar.
Gunakan beg kitar semula semasa membeli belah, penggunaan beg plastik akan mencemarkan alam sekitar!
Pastikan logo halal pada barangan adalah yang dikeluarkan oleh JAKIM. Jangan mudah tertipu dengan logo halal palsu.
Belilah barangan keluaran Industri Kecil-kecilan ataupun Industri Desa. Sokong barangan buatan Malaysia.
Semak resit pembelian dan jumlah barangan yang dibeli selepas selesai membuat bayaran.
Belilah makanan yang mengandungi nutrisi yang tinggi, elakan membeli makanan ringan.
Pilih buah-buahan tempatan, terdapat pelbagai pilihan, yang bermusim dan juga tidak.
Sentiasa buat bandingan harga barangan dengan kualiti serta kuantitinya, buat pilihan yang bijak, kadang kala yang tinggu kuantitinya tak semestinya tinngi kualitinya.
Belilah barangan elektrik dengan kelulusan SIRIM.
Jangan mudah terpedaya dengan barangan beserta promosi hadiah, kadang-kala, harga barangan tanpa hadiah lebih murah dan berbaloi-baloi!
Untuk pengguna telekomunikasi, pilihlah pembekal plan yang berpatutan dan bersesuaian dengan tahap penggunaan anda. Buatlah pilihan bijak!
Periksa keadan barang sebelum membelinya, lihat keadaan fizikalnya dalam keadaan baik atau tidak, periksa kuantitinya supaya cukup seperti maklumat dalam label.
Gunalah kenderaan awam untuk ke kampus atau ke tempat kerja, lebih menjimatkan kos, mengurangkan kesesakan jalan raya serta mesra alam.
Berkongsi kereta ‘car pooling’ ke kampus atau ke tempat kerja lebih menjimatkan kos, mengurangkan kesesakan jalan raya serta mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Dapatkan maklumat berkenaan isu-isu kepenggunaan di laman sesawang ataupun melalui bulletin ataupun risalah kepenggunaan.
Jika membeli-belas di atas talian ’online’ pastikan kesahihan pembekal dan berhati-hati apabila melakukan transaksi wang.
Jika melakukan transaksi wang atas talian ‘online’ pastikan kata laluan anda dilindungi serta jejak anda ‘cache’ dipadam untuk mengelak system digodam.
Jangan gunakan pautan ‘link’ untuk ke laman web bank untuk urusan ‘online banking’.
Sebaik-baiknya pergi terus ke laman utama bank pilihan anda.
Pastikan lebel harga tertera pada barangan, jika tiada laporkan pada pihak berkuasa, anda berhak untuk mendapat maklumat yang sewajarnya!
Jualan murah! Jangan mudah tertipu, bandingkan harga sebelum dan selepas dahulu sebelum membeli.
Dapatkan bantuan jurujual jika perlukan maklumat tambahan mengenai barangan yang hendak dibeli. Ingat, anda punyai hak untuk membuat pilihan, jangan biarkan penjual memaksa atau membuat pilihan untuk anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment