Showing posts with label teknologi. Show all posts
Showing posts with label teknologi. Show all posts

Friday, 16 October 2015

Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone 6




Sejak Apple Inc memperkenalkan telefon pintar terbaharu mereka iaitu iPhone 6 dan iPhone 6 Plus September lalu, rata-rata peminat gajet masih lagi hangat bercerita tentang peranti itu dan betapa mereka ingin memilikinya.

So saya sediakan beberapa sebab kenapa anda tak patut beli iPhone 6. Bukan untuk menghasut dan bukan membenci produk Apple, tetapi sebagai panduan supaya anda boleh pertimbangkan sama ada iPhone 6 berbaloi untuk dimiliki.

Skrin

Walapupun Apple menaik taraf kualiti skrin kepada paparan Retina HD, iPhone 6 masih tidak memiliki kualiti skrin yang hebat. Dengan paparan 1334x750 pixels, masih banyak lagi telefon pintar di luar sana yang hadir dengan saiz sama tetapi memiliki paparan 1080p dan 2k.

Camera Hadapan

iPhone 6 hadir dengan kamera hadapan dengan sokongan pengecaman wajah, sensor, dan f/2.2 aperture, namun ia masih lagi 1.3 megapixels. Ternyata Apple masih lagi ketinggalan dalam teknologi kamera hadapan apabila Samsung Galaxy Note 4 bakal hadir dengan 3.7MP, dan HTC One M(8) memiliki 5MP. Pengguna mahukan kamera hadapan yang berkualiti lebih-lebih lagi dengan trend selfie semakin menjadi-jadi sekarang ni. Apple masih di belakang dalam membangunkan ciri itu. Tapi kita semua tahu yang jumlah megapixels bukanlah segalanya, tapi 1.3MP tu seperti telefon Sony Ericsson tahun 2010.





Customize  

Sistem operasi iOS memiliki paparan yang cukup ringkas dan jika anda suka customize telefon pintar anda dari paparan utama, tema dan jenis font, iOS tidak membenarkan anda mengubahnya.


Mudah Bengkok

Jika anda tidak melayari internet atau semak media sosial baru-baru ini, anda mungkin tidak tahu tentang iPhone 6 Plus mudah bengkok apabila diletakkan dalam poket.  Setiap telefon pintar perlu dijaga dengan baik dan jika anda seorang pengguna lasak, maka iPhone 6 bukan untuk anda. Sebenarnya isu ini tidak lah teruk sangat dan siapa yang sengaja bengkokkan telefon kan? Tetapi iPhone 6 terkena tempiasnya kerana kedua-dua peranti ini diperbuat daripada aluminium.



NFC

Apple masih lagi enggan menyokong fungsi berkongsi foto dan fail secara Near Field Communication (NFC) bagi iPhone 6 dan 6 Plus. Walaupun sebahagian fungsi NFC hadir dalam sistem pembayaran penggunakan telefon pintar, Apple Pay, ia masih belum mencukupi kerana pengguna tidak boleh berkongsi fail dengan peranti lain dengan mudah.

Harga

Harga yang mahal bukan sesuatu yang baru bagi iPhone. Kini harga iPhone 6 adalah yang termahal dalam keluarga iPhone dan telefon pintar paling mahal  termahal di pasaran. Anda boleh dapatkan beberapa telefon pintar yang berkualiti pada harga satu iPhone 6.

Masih ada beberapa fungsi lain yang tidak ada pada iPhone seperti sokongan MicroSD Card, pengecasan pantas, serta kalis air dan debu. Sebab itu anda tidak perlukan iPhone 6 dan pertimbangkan peranti lain dipasaran atau kekal menggunakan iPhone 5s yang dah cukup awesome tu.


Seronok juga baca ruangan komen di Youtube dan lihat mereka yang mempertahankan produk Apple seolah-olah syarikat itu kepunyaan bapa mereka. Don't get me wrong, saya juga merasakan iPhone adalah antara smartphone terbaik. Tapi jangan lupa pada beberapa lagi produk lain dipasaran yang memiliki ciri hebat dan ciri itu tidak ada pada iPhone.

Setakat ini tarikh iPhone 6 dan 6 Plus masuk ke pasaran Malaysia masih belum diketahui, jadi ramai penggemar iPhone di Malaysia pergi ke Singapura untuk mendapatkannya.


Tuesday, 13 October 2015

Telefon Hilang Apa Perlu Buat, Pertama Sekali Jangan Panik!

Mungkin ramai sedia ketahui yang mana kebanyakkan telefon yang dicuri atau hilang, biasanya akan dijual kembali kepada pengguna lain. Untuk mencari kembali peranti yang hilang, terdapat beberapa cara seperti menggunakan Find My Phone, Device Manager dan sebagainya, tetapi sekiranya semua gagal, cara terakhir adalah dengan mematikan telefon tersebut menggunakan IMEI.

IMEI merupakan sebuah nombor khusus untuk setiap telefon, yang mana biasanya dipaparkan dibahagian bateri atau kotak peranti berkenaan. Anda juga turut boleh menyemak IMEI peranti daripada telefon anda terus, iaitu:

Untuk iOS, anda perlu ke bahagian Settings > General > About
Untuk Android, anda perlu ke bahagian Settings > About Phone
Untuk BlackBerry anda perlu ke bahagian Options > Status
Untuk Windows Phone, anda perlu ke bahagian Settings > About > More Information
Bacaan Lanjut : Mari Mengenali IMEI
Memandangkan ia unik kepada setiap peranti, pengguna boleh menyimpan infonya, dan sekiranya peranti anda hilang atau dicuri, anda boleh menggunakan angka tersebut dan mengemaskini status peranti anda pada laman tersebut.

Block My Phone
Sebaik sahaja ia dilaporkan, perkara tersebut akan dihantar kepada semua syarikat rangkaian telekomunikasi tempatan, dan peranti tersebut akan dihalang penggunaannya di Malaysia.

PCBS menggunakan nombor Mobile Equipment Identity (IMEI) untuk menyekat/mengaktifkan semula telefon bimbit yang hilang atau dicuri. Untuk menyekat atau mengaktifkan semula satu-satu telefon bimbit, pengguna yang telah berdaftar perlu memaklumkan rangkaian mudah alih mereka. Setelah dimaklumkan, pihak rangkaian mudah alih akan memeriksa rekod mereka untuk nombor IMEI telefon bimbit tersebut. Nombor IMEI itu akan diserahkan kepada sistem PCBS dengan permintaan sama ada untuk menyekat atau mengaktifkan semula telefon bimbit tersebut. PCBS akan menyebarkan maklumat untuk sama ada menyekat atau mengaktifkan semula telefon bimbit itu kepada semua rangkaian mudah alih di seluruh Negara. Sejurus menerima maklumat ini, pihak rangkaian mudah alih tersebut akan menyekat/mengaktifkan semula telefon bimbit tersebut.

Perkhidmatan PCBS berasaskan web membolehkan pengguna mendaftar dan menyenaraikan sehingga 10 peranti dibawah mereka. Untuk penggunaan fungsi ini, pihak SKMM bersama-sama beberapa rakan kerjasama lain, termasuk PDRM menyediakan sebuah fungsi dinamakan Block My Phone.

Pihak SKMM menyasarkan untuk menurunkan kadar jenayah jalanan di Malaysia, selain mengelakkan orang awam daripada menjadi mangsa jenayah seperti ragut melalui fungsi ini. Ia juga sekaligus akan menurunkan nilai harga telefon yang hilang atau dicuri, disamping memudahkan pengguna untuk menyekat telefon mereka.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak perkhidmatan PCBS ini hari ini, dimana ia ditawarkan secara percuma untuk semua pengguna tempatan.


Cara Lajukan Wifi Bagi Pengguna Router TM






Cara Lajukan Wifi Bagi Pengguna Router TM

Adakah anda pengguna wifi dari TM? Jika anda pengguna wifi dari TM mungkin artikel ini dapat membantu anda untuk mengatasi masalah sambungan internet yang perlahan.
Tahukah anda, default setting pada router TM boleh menyebabkan “bottleneck” yang mengakibatkan sambungan Wi-Fi menjadi lebih perlahan daripada sepatutnya. Sebagai contoh, walaupun anda melanggan streamyx 8Mbps, tetapi masih mengalami “lag” ketika bermain games atau buffering yang lama ketika streaming video.
Tips mudah ini membantu anda untuk melajukan wifi dari router asal yang dibekalkan oleh TM untuk mengurangkan lag atau buffering ketika streaming.
Saya rasa majoriti pengguna internet TM (terutama Streamyx) menggunakan router yang dibekalkan sendiri oleh TM. Jika mampu, tukarlah kepada router jenama lain seperti Asus untuk kualiti dan usability yang lebih baik berbanding router TM. Jika anda tidak bercadang untuk menukar router, saya galakkan praktik tips seperti di bawah untuk sambungan Wi-Fi yang lebih memuaskan.

Langkah 1 : Akses Configuration Router Anda

Untuk mengakses configuration router, taip 192.168.1.1 pada pelayar internet anda. Jika anda menggunakan router seperti dalam gambar di atas, model INNATECH-W700N (Innacom) username dan password adalah seperti berikut :
Login : tmadmin
Password : Adm@XXXX – disini XXXX merujuk kepada empat angkat terakhir MAC Address router tersebut. Boleh rujuk di pelekat di bahagian bawah router.

Langkah 2 : Menukar Wi-Fi kepada Wireless N sahaja

Setting asal bagi kebanyakan router ialah Wi-Fi B/G/N iaitu signal “radio” yang menyokong peranti “legacy” dari zaman sedekad lepas hingga ke sekarang. Peranti moden seperti laptop generasi baru, iPhone, peranti Android kebanyakannya menyokong sambungan Wifi b/g/n/ac.
Masalah utama ialah penggunaan mode wifi b/g/n pada peranti moden boleh menjejaskan “speed” wifi transfer itu sendiri. Oleh itu, bagi mengurangkan bottleneck saya sarankan bahawa anda set wifi mode kepada Wifi N sahaja.
AMARAN! JIKA ANDA MENGGUNAKAN DEVICE YANG MENYOKONG Wifi G sahaja, jangan buat langkah ini kerana di khuatiri anda menghadapi masalah tidak dapat connect ke WIFI.
Tekan “Apply Changes” untuk menyimpan setting terbaru.
#Nota 1: Kalau tak boleh proceed, sila buat langkah 3 dulu kemudian baru tukar kepada WPA2.
#Nota 2 : Laptop atau model telefon lama mungkin tidak mesra wireless N atau tidak dapat connect langsung.
Langkah 3 : Menukar security kepada WPA2

Kebanyakan router juga masih mengekalkan wifi security jenis WEP sebagai default settings. Masalah utama WEP ialah boleh menyebabkan kelajuan transfer data melalui wifi dibawah prestasi sebenar selain sekuriti WEP yang mudah digodam.
Biasa dengar kes curi wifi? Saya yakin kebanyakan wifi yang kena curi itu masih guna sekuriti WEP.
Untuk lebih lajukan wifi transfer, tukar sekuriti kepada WPA2 (AES) dan apply changes, kemudian restart router anda.
Langkah 4 : Menukar DNS kepada Google DNS

Google DNS tidak meningkatkan kelajuan wifi tetapi membantu anda melayari web dengan lebih pantas. Untuk menukar DNS pada router TM, masuk 192.168.1.1 > Service > DNS > Set DNS Manually > 8.8.8.8 dan 8.8.4.4.
Langkah 5 : Menukar kedudukan router
Router TM biasanya guna ‘internal antenna” jadi signal tidak kuat berbanding router yang ada 2 atau tiga tanduk, dan boleh menjadi bertambah lemah sekiranya banyak halangan. Letak router di kawasan utama dan terbuka dan elakkan dari meletak router di bilik paling hujung atau tempat tersorok. Percayalah, jika signal tiada banyak halangan, wifi akan menjadi kuat dan laju.
Secara teori anda akan merasakan perubahan yang agak drastik terutamanya apabila streaming dan bermain online games. Router TM banyak limitasinya, seperti signal yang tidak kuat kerana antena terbina didalam, jumlah RAM yang rendah (tidak mampu menambung banyak peranti pada masa sama) dan tiada sokongan dual-band.
Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda sekarang.


Monday, 12 October 2015

200 Juta Pengguna WhatsApp Dalam Bahaya


Jakarta - Sebuah lubang (bug) berbahaya ditemui pada aplikasi WhatsApp. Hal tersebut mengancam keselamatan 200 juta penggunanya.

Penemuan tersebut diungkap institusi keselamatan Check Point. Mereka mencari celah yang membolehkan hacker mengedarkan malware termasuk Ransomware, yang menuntut korban membayar kos agar dapat kembali kepada kembali ke fail mereka.

Kelemahan ini tidak menyerang aplikasi versi mobile. Celah keselamatan tersebut terdapat pada perkhidmatan WhatsApp versi web. Dimana berpunca pada penghantaran kenalan dalam format vCard (virtual card).

Para hacker hanya perlu menghantar malware yang menjelma seperti vCard kepada nombor korban. Selepas vCard tersebut dibuka, malware akan mengedarkan kod berbahaya

"Memandangkan bahawa WhatsApp adalah aplikasi mesej lintas platform. Kemungkinan untuk membuka vCard yang dihantar kepada anda cukup tinggi," ujar Mark James, pakar keselamatan dari ESET seperti dikutip detikINET dari BBC, Rabu (30/9/2015).

"Setelah dibuka, vCard tersebut akan menjangkiti sistem dengan Ransomware," katanya lagi.

WhatsApp telah diperingatkan akan masalah ini akhir bulan lalu. Mereka pun dikhabarkan akan segera mengeluarkan patch.