Showing posts with label Kerjaya. Show all posts
Showing posts with label Kerjaya. Show all posts

Wednesday, 14 October 2015

Perangai Bos Kuat Politik Memang Buat Kita Pening,Tapi Point Last Paling Teruk.

Mengenali Jenis-Jenis Boss..!?


Bagi menangani bos, kita perlu terlebih dahulu mengenali jenis-jenis bos yang ada di sekeliling kita. Dengan mengenal jenis dan perlakuan seseorang bos, kita akan dapat menyesuaikan diri kita bagi bekerja dengannya. Mungkin pendedahan beberapa orang penulis berkenaan dengan bos yang tidak baik dapat membantu kita lebih mengenali mereka yang bergelar bos. Menurut mereka, bos atau pengurus secara umumnya terdiri daripada:

BOS YANG LEMAH
Bos seperti ini hakikatnya tidak berminat sama sekali menjadi bos. Kelakuannya beragam-ragam. Dia mahu di-sukai oleh orang lain dan bencikan konflik serta risiko. Dia amat lemah dalam kemahiran mengurus, tetapi tidak bersedia mempelajarinya. Berdepan dengan bos sebegini memerlukan kita mengenal pasti masalah-masalah yang ada dan menghindarkan diri daripada memperkatakan apa yang menjadi kebenciannya. Jika dia tidak mahu mengambil peranan kepimpinan, berhubunglah dengan bos kepada bos itu. Ambil inisiatif bagi melaksanakan kerja-kerja yang perlu, tetapi jangan lupa memaklumkannya perkembangan yang berlaku dalam organisasi. Jadikan hidupnya menyenangkan. Dia tetap perlu dimaklumkan dengan isu-isu kritikal sahaja supaya tindakan anda mendapat sokongannya apabila timbul apa-apa pertelingkahan di kemudian hari.

BOS YANG SUKA BERPOLITIK
Bos sebegini selalunya mempunyai agenda tertentu dan hanya merujuk kepada anda sekiranya anda mampu me-nyempurnakan agendanya. Dia juga tidak teragak-agak mengorbankan anda sebagai ‘kambing hitamnya’ apabila matlamatnya terjejas. Kepada bos sebegini, penuhilah impiannya dengan menjadikan mereka kelihatan hebat dengan kejayaan projek-projek yang strategik. Anda pula, hanya perlu memfokuskan kepada kerja-kerja yang mempunyai nilai yang tinggi sahaja, tetapi kurang glamor. Anda juga perlu ingat bos sebegini pasti bertindak balas hatta sanggup menghapuskan anda jika kedudukan dan agendanya diancam. Jika perlu, maklumkan ke pengetahuan pihak atasan peranan penting bos sebegini kepada kejayaan sesebuah projek supaya dia merasa bangga dengan tindakan kita mengharumkan namanya. Anda tidak rugi berbuat demikian kerana masa anda naik pasti tiba juga apabila bos sebegini naik kerana kejayaannya bergantung pada anda.

BOS HITAM PUTIH
Bos dalam kategori ini berada dalam kekeliruan dan sukar memahami sesuatu. Dia tidak memahami konteks sesuatu perkara dan idea-idea yang sukar. Jika demikian keadaannya, layanilah bos sebegini seperti mana kita melayani anak-anak kecil. Berikan dia maklumat-maklumat yang mudah berserta sokongan data-data yang meyakinkan. Jangan cuba memaksanya memahami perkara-perkara yang sukar dan memeningkan kepalanya sahaja.

BOS YANG GHAIRAH PADA PERKARA-PERKARA KECIL
Biar betapa kerap dan baik pun anda melakukan sesuatu, bos sebegini sentiasa mencari kesalahan anda. Anda tentu merasa sangat kecewa dan hilang upaya berdepan dengan bos sebegini. Mengapa dia begitu tidak mempercayai anda? Ini mungkin disebabkan dia tidak sanggup menerima kegagalan. Bagi bos sebegini, berilah maklumat yang lengkap dan yakinkan dirinya yang anda mengambil langkah-langkah yang berhati-hati ketika melaksanakan kerja-kerja anda.

Bos sebegini sangat cerewet. Serba-serbi hendak di-ambil tahu sehingga anda seringkali merasa rimas dan tidak ketentuan. Anda perlu bersabar dan memberikan maklumat sebagaimana yang diperlukannya.

BOS YANG HALIMUNAN
Anda tentu menjadi tidak tentu hala kerana bos ini tidak memandu anda dalam melaksanakan sesuatu kerja. Wujud ataupun tidak wujudnya bos ini tidak membantu anda kerana dia adalah halimunan. Halimunan mungkin kerana dia sentiasa sibuk dengan urusan lain, tidak mahu mengambil tahu ataupun tidak mahir dalam sesuatu perkara dan hanya membiarkan anda sahaja bergelut dengannya.

Bagi bos ini, anda perlulah menggunakan kemahiran komunikasi anda dengan memberikannya maklumat yang lengkap, ringkas dan mudah sahaja. Mudahkan dia supaya dapat memberikan keputusan yang anda mahukan. Tunjukkan kepadanya arah tuju, perancangan dan matlamat kerja anda. Ikatlah dirinya dengan komitmen secara berkala.

BOS YANG HANYA MEMENTINGKAN KERJA SAHAJA
Bos ini memerah keringat dan idea anda semaksima mungkin sehingga anda mungkin terpaksa melupakan dunia sebenar anda di luar pejabat. Anda mungkin tidak dapat bertahan lama dengan bos sebegini. Cubalah cari peluang menerangkan kepadanya bahawa anda memerlukan keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan.

BOS YANG TERUK
Dia sangat tidak beradab dan merasa seronok melihat anda gagal. Dia menunjukkan sikap buruknya terhadap anda sehingga anda merasa bosan dengannya.

BOS YANG GATAL
-Ni semua orang tahu macam mana perangai dia. haha.

Howard Eisner (2001) menerusi artikelnya bertajuk “Bad Bosses: How to Cope if You Get Stuck With One” di dalam Majalah Tech Manager menyenaraikan 6 jenis bos yang teruk, iaitu:
-Bos yang tidak mendengar dengan baik.
-Bos yang bersifat autokratik.
-Bos yang enggan membuat sebarang keputusan.
-Bos yang cenderung mengambil kisah dan men-campuri perkara-perkara yang kecil dan remeh temeh.
-Bos yang suka mencari masalah dengan sesiapa sahaja.
-Bos yang lebih berminat mendapat pujian atas kejayaan yang dicapai.

Walau bagaimanapun rupa dan perangai bos, anda sebenarnya mempunyai dua pilihan. Sama ada anda berterusan bertahan dengannya sehingga anda mencapai kejayaan yang melayakkan anda pula bergelar bos ataupun anda mengangkat kaki meninggalkan organisasi itu. Pilihan di tangan anda. Buatlah pertimbangan yang sewajarnya kerana mencari bos yang terbaik adalah sama beratnya kepada sesebuah organisasi mencari pekerja yang terbaik. Peranan anda adalah bekerja dengan baik, cekap, mencapai matlamat anda serta memajukan diri anda. Jika bos anda gagal membantu anda mencapai hasrat itu, apalah gunanya lagi anda terus berhempas pulas bersama-sama organisasi sebegini.

Anda perlu ingat peranan bos kepada diri dan kerjaya anda adalah amat penting. Jika anda mempunyai bos yang bersikap seperti pembimbing, pengajar, mentor dan juru-latih, anda pasti berjaya dalam mencapai matlamat anda. Jika sebaliknya, anda sebenarnya sudah membazirkan umur singkat anda kepada sesuatu yang menjahanamkan diri anda sahaja.

Bos lahir daripada pelbagai sumber. Ada orang yang berhempas pulas dari bawah, meniti tangga kerjaya dan akhirnya menjadi bos. Ada yang masuk sahaja ke dalam organisasi, terus sahaja menjadi bos, biarpun umur dan pengalaman baru setahun jagung. Ada juga yang menjadi bos secara kebetulan ataupun dengan tidak sengaja. Bermacam-macam lagi cara seseorang itu mendapat gelaran bos.

tapi…kita kna ingt…mungkin satu hari nnti…kita akn jadi bos…tp nak tanya la jugak kat pentadbir2 sekolah…pentadbir pejabat….renungi diri..jenis yg mana?

Hidup ni hanya sekali…tak ada gunanya kita sombong dan ego dgn jawatan yg kita ada sekarang….sekali tuhan tarik….kita sama aje….renungkanlah!!!!! wahai BOS-BOS!!!!!

P/s : sayangilah Bos-Bos anda yer..hikhik...

Ini pepatah aku lak...
Ada pepatah orang putih kata....
No 1) Boss Alway right
No 2) Boss Not Always  Right
No 3) If Boss Not Always Right, refer to no 1.....hahahahaha


Tuesday, 13 October 2015

10 Rahsia HR Tidak Mahu Anda Tahu (Tetapi Kami Dedahkan)

Apabila ia melibatkan sumber manusia (human resources, HR) dan merekrut pekerja baru, sesetengah syarikat mempunyai beberapa best practices (amalan terbaik) yang mereka tidak mahu anda tahu. Tetapi sebagai seorang profesional, adalah mungkin perlu tahu 10 rahsia HR ini.


1. Peraturan 90 hari pertama

Beberapa tahun lalu, J.T. O’ Donnell, pengasas dan CEO CareerHMO.com yang baru sahaja menceburkan diri dalam bidang HR ketika itu diberitahu, “Apa sahaja tingkah laku yang anda lihat dalam 90 hari pertama seseorang pekerja baru di tempat kerja, kalikan dengan 10 dan sebegitulah pekerja itu akan jadi dalam tempoh setahun.” Pekerja baru lazimnya akan menunjukkan tingkah laku terbaik, tetapi selepas beberapa ketika, mereka akan menunjukkan tingkah laku sebenar. Atas sebab itu, kebanyakan syarikat kini memperuntukkan terma “90 hari pertama” dalam kontrak pekerja yang membolehkan mereka untuk memecat pekerja tanpa penjelasan.  Terma ini membenarkan mereka melepaskan pekerja baru yang menunjukkan tingkah laku yang tidak disukai majikan. Majikan menganggarkan kehilangan berjuta-juta dolar setiap tahun disebabkan pengambilan pekerja yang tidak berkualiti. Terma ini membolehkan mereka mengurangkan kerugian dengan lebih cepat.

2. Melakukan rujukan “backdoor”

Sebelum mengambil pekerja, HR akan melakukan rujukan. Anda mungkin fikir mereka hanya akan memeriksa daripada orang rujukan yang anda beri sahaja, tetapi sebenarnya HR juga akan melakukan rujukan “backdoor” atau “pintu belakang”. Mereka akan merujuk kepada rangkaian kenalan dalam bidang HR untuk mencari seseorang yang pernah bekerja dengan anda pada masa lalu demi mendapatkan pandangan yang jujur. Teknik ini biasanya digunakan khusus untuk mereka yang meninggalkan majikan terdahulu dalam keadaan yang mencurigakan. Contohnya, bakal pekerja itu mungkin mengatakan beliau telah diberhentikan oleh majikan terdahulu, tetapi sebenarnya telah dipecat.

3. Mereka tidak takut untuk “memancing” calon

Pernahkah anda dihubungi oleh “Recruiter” dan mereka bertanya kepada anda tentang pekerjaan anda terdahulu serta siapa bos atau ahli kumpulan anda ketika bekerja di syarikat terdahulu. Anda mungkin fikir temuduga itu telah berjalan lancar, tetapi recruiter itu tidak pun menghubungi anda semula. Apa yang berlaku? Sebenarnya mereka sedang melakukan “candidate phishing” atau “memancing” calon – dengan cara mendapatkan nama rakan-rakan anda yang masih bekerja di syarikat terdahulu, dengan tujuan merekrut mereka pada masa yang terdekat. Malangnya, perkara yang kerap berlaku, calon yang ditemuduga tidak pun mendapat pekerjaan baru walaupun mereka sedang menganggur. Perkara ini disahkan lagi oleh kajian yang menunjukkan – majikan lebih suka  mengupah orang-orang yang sedang berkhidmat dengan majikan atau syarikat lain berbanding dengan mereka yang menganggur.

4. Anda dicop “high-maintenance” apabila terlalu menegakkan polisi syarikat

Ya, buku panduan HR dicipta sebagai panduan dan rujukan setiap pekerja, tetapi ini tidak bermakna anda harus melaporkan kepada HR setiap kali rakan sekerja tidak mematuhi peraturan. Choose your battles. Sekiranya ada perkara yang boleh menjejaskan syarikat, sudah tentu anda perlu melaporkannya. Tetapi, terlalu banyak lawatan ke HR tentang rakan-rakan anda, menyebabkan anda dicop sebagai “high-maintenance” dan mula diperhatikan oleh HR.

5. Mereka melakukan apa sahaja untuk mengurangkan masa berehat anda

Kajian menunjukkan, apabila semakin lama seseorang itu bercuti sakit, semakin kurang kemungkinan pekerja itu untuk kembali bekerja. Ramai yang berasa “jauh” daripada alam pekerjaan dan berasa tertekan sekembalinya mereka daripada cuti sakit yang panjang. Mereka lebih mudah menyesuaikan diri menerima pencen ilat pada kadar lebih rendah dan sering tidak kembali bekerja. Untuk memastikan perkara ini tidak berlaku, HR bekerja sama dengan doktor untuk membantu pekerja itu bekerja semula – apa-apa jenis kerja, asalkan pekerja kembali semula ke pejabat. HR tidak mahu anda berada di rumah dan berasa kasihan terhadap diri sendiri. Mereka mahu anda menjadi lebih produktif di meja kerja anda.

6. Mereka tidak memberi testimonial untuk mengelakkan disaman



Banyak syarikat mempunyai polisi tidak memberikan rujukan atau testimonial kepada bekas pekerja untuk mengelakkan disaman – lebih-lebih lagi dalam kes di mana bekas kaki tangan itu meninggalkan syarikat dalam keadaan tidak baik. Pada zaman ini, syarikat hanya dikehendaki untuk menyatakan tarikh bekerja serta tangga gaji dan berhak menolak memberikan komen mengenai prestasi pekerja. Akan tetapi, sekiranya ditanya jika mereka berminat mengambil semula pekerja itu bekerja di syarikat, mereka boleh menyatakan “ya” atau “tidak” tanpa implikasi disaman. Perkara ini adalah penting, kerana sekiranya majikan terdahulu menyatakan “tidak”, ia menjadi indikasi buruk kepada bakal majikan baru. Jadi, adalah penting untuk anda menyatakan secara jujur kepada bakal majikan anda sebab-sebab anda meninggalkan pekerjaan anda yang terdahulu sekiranya ditanya.

7. Pengenalan pelan prestasi adalah cara HR mengatakan, “Cari kerja baru!”

Apabila HR meletakkan anda pada “performance plan” atau pelan prestasi yang formal, jangan harap ia akan mengubah keadaan dan anda akan mula jadi pekerja cemerlang. Apa yang mereka benar-benar maksudkan dengan pengenalan pelan ini adalah, “Mula hantar resume anda kepada majikan lain dan mula cari kerja baru secepat mungkin!” Jika anda mendapat pekerjaan lain sebelum anda dipecat, anda tidak perlu menghadapi risiko menganggur. Ia adalah lebih baik untuk kedua-dua belah pihak, kerana menganggur menyebabkan anda lebih sukar untuk mendapatkan pekerjaan baru, juga bermaksud anda perlu menganggur dengan lebih lama.

8. Ketika penstrukturan semula, HR mengambil berat personaliti pekerja

Apabila HR disuruh menyempurnakan proses penstrukturan semula dan mengurangkan peratusan tenaga kerja, mereka akan berbincang dengan pengurus untuk memilih siapa yang akan kekal. Walaupun kemahiran dan produktiviti adalah penting, personaliti akan menjadi faktor pertama di dalam senarai ketika penstrukturan semula. Mengapa? Pemberhentian kerja kakitangan ketika penstrukturan semula akan mewujudkan persekitaran kerja yang tertekan. HR akan mencari kakitangan yang sebtiasa bersemangat dan sentiasa melakukan yang terbaik untuk kekal positif. Mereka yang kritikal dan menyuarakan kekecewaan mereka kepada pihak pengurusan selalunya akan dilepaskan.

9. Rekod prestasi yang baik tidak akan menyelamatkan anda daripada dipecat atau diberhentikan

Jangan anggap rekod prestasi yang baik tahun demi tahun akan menjamin kerjaya anda di syarikat. Itu cumalah pengiktirafan terhadap kerja yang anda telah dibayar untuk lakukan. Pada bila-bila masa, situasi boleh berubah dan syarikat mungkin tidak lagi memerlukan khidmat anda. Rekod prestasi masa lalu bukan polisi insurans yang membenarkan anda untuk terus berkhidmat dalam syarikat. Sebagai HR, mereka tidak dapat lari daripada berfikir, “Adakah apa yang anda lakukan sekarang dapat menjimatkan atau membuat duit secukupnya untuk menanggung kos kamu (pekerja) berada dalam syarikat?”

10. Pemeriksaan latar belakang secara dalam talian adalah amalan standard masa kini

Walaupun beberapa buah syarikat membayar untuk mengadakan pemeriksaan latar belakang secara formal, dan dikehendaki meminta kebenaran anda sebelum melakukannya, lebih banyak syarikat melakukan pemeriksaan latar belakang melalui carian Internet secara percuma, tanpa pengetahuan anda. Sekiranya terdapat perkara-perkara lalu yang menjadikan anda pekerja berisiko, HR akan menjumpainya secara online.

Memahami 10 perkara di atas akan membantu anda memilih tindak tanduk yang sesuai, yang menyokong permohonan kerja anda. Sentiasa bersedia dan selalulah bertindak baik, tidak kira dalam alam sebenar atau di atas talian. Anda juga boleh meminta bantuan coaching daripada pakar HR untuk memastikan anda mengambil langkah meningkatkan kerjaya secara pintar. Memahami agenda HR dapat membantu anda berinteraksi dengan mereka secara lebih berkesan.


Monday, 12 October 2015

16 Pekerjaan Gaji Tinggi Di Malaysia Tanpa Perlukan Ijazah


Di Malaysia, untuk bekerja di mana-mana agensi swasta atau kerajaan, perlu diingat bahawa kelulusan minima yang perlu ada ialah SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Bukan itu sahaja tetapi pelajar juga harus aktif dalam ko-kurikulum dan mendapat komen positif dalam sijil berhenti sekolah.

Ini adalah penting, walaupun seseorang itu tidak berminat, berkemampuan atau layak untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading, perkara yang disebutkan tadi mestilah ada untuk rujukan bakal majikan. Ini perlu difahami dan senario ini mungkin berbeza dengan negara-negara lain

Berikut adalah 16 kerjaya yang yang boleh memberi pulangan yang lumayan kepada yang berminat, walaupun anda tidak mempunyai ijazah dari universiti.


1. Juruterbang

Kerjaya ini memerlukan modal yang besar kerana kursus yang ditawarkan sebelum anda menjadi seorang juruterbang bertauliah boleh sampai ke ratusan ribu ringgit. Walaubagaimana pun, gaji yang bakal anda terima juga amat lumayan sekali. Terdapat beberapa akademi yang menyediakan kursus Commercial Pilot Licence, seperti Malaysian Flying Academy yang terletak di Melaka.


2. Penasihat Kewangan
Juga dikenali sebagai ‘wealth advisor’ merupakan individu yang mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit amanah. Semua bank dan institusi kewangan ada menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang mereka.


3. Agen Insuran
Cara untuk menjadi ejen insuran ialah pemohon perlu lulus ujian berkaitan. Antara syarikat yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan popular di Malaysia adalah Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Prudential BSN Takaful Berhad, Etiqa Takaful Berhad dan lain-lain. Terbukti telah ramai yang berjaya malah menjadi jutawan selepas menceburi bidang ini.

4. Agen Hartanah
Menjadi ejen hartanah atau property agent juga boleh mendatangkan pulangan dan kepuasan yang besar kepada sesiapa yang berminat. Baca di sini berkaitan pensijilan yang diperlukan untuk menjadi ejen hartanah profesional. Broker Rumah, Broker Tanah, ini adalah istilah lain yang biasa kita dengar. Mereka ini telah berjaya mengaut keuntungan yang amat lumayan hasil daripada ‘mark-up’ harga hartanah yang dijual. Ada yang menjangkau angka RM50,000 untung atas angin selepas satu jualan yang telah dihasilkan. Senarai maklumat atau ebook berkaitan hartanah di Malaysia boleh baca di sini

Bagi mereka yang berminat untuk bekerja di dalam bidang ‘oil and gas’ seperti di Petronas, MMHE, Schlumberger, Talisman Energy, untuk menjadi tenaga kerja pakar dan berkelayakan, anda perlu menduduki sijil-sijil profesional yang ditawarkan oleh CSWIP dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (SkillsMalaysia)


MAKSUD DISEBALIK GRED JAWATAN KERAJAAN

MAKSUD DISEBALIK GRED JAWATAN KERAJAAN

Info penting! Info ini harus dibaca oleh semua calon yang memohon jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA). Info ini bagi memudahkan pemohon yang memohon jawatan kerajaan mengetahui maksud disebalik gred jawatan yang dipohon.
Gred jawatan kerajaan biasanya bermula dengan huruf dan gabungan nombor mengikut pangkat jawatan. Kita biasanya mendengar gred jawatan N17, W17, M41, W17 dan sebagainya. Disebalik gred jawatan itu ada maksud yang tersembunyi. Tidak ramai yang mengetahui klasifikasi perkhidmatan mengikut kod.
Diharap artikel kali ini dapat membantu anda mengetahui bidang tugas jawatan kerajaan mengikut gred yang ditawarkan. Berikut dibawah adalah kod disertakan klasifikasi perkhidmatan.
BilKlasifikasi PerkhidmatanKod
1PengangkutanPemandu Lokomotif SabahAAA
2Bakat dan SeniB
3SainsC
4PendidikanPendidikan Berijazah dan Bukan Berijazah
Pendidikan Pengajian Tinggi
Pensyarah UiTM
Pensyarah Universiti
Pensyarah Perubatan Universiti
Pensyarah Pergigian Universiti
DDG/DGA
DH
DM
DS
DU
DUG
5EkonomiE
6Sistem MaklumatSistem Maklumat TeknikalFFT
7PertanianG
8KejuruteraanJ
9Keselamatan dan Pertahanan AwamBomba
Pentadbiran Keselamatan
Penjara
KKB
KP
KX
10Perundangan dan KehakimanPerundangan SyariahLLS
11Tadbir dan DiplomatikM
12Pentadbiran dan SokonganPenghulu
Pentadbiran Tanah
NNP
NT
13PencegahanP
14Penyelidikan dan PembangunanQ
15Mahir/Separuh Mahir/Tidak MahirR
16SosialS
17Perubatan dan KesihatanPegawai PerubatanUUD
18KewanganW
19Penguatkuasa MaritimX
20PolisPegawai Polis
Polis Orang Asli
Polis Sokongan
YYA
YP
YT
21Angkatan Tentera MalaysiaZ
Sumber: JPA