Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Friday, 16 October 2015

Artis-Artis Perempuan Yang Dulu Pernah Merokok

Apa nak jadi dengan artis Malaysia sekarang ini, nak cari artis yang 100% bersih dari gejala sosial yang tidak sihat memang agak susah. tambahan pula, jika wartawan-wartawan media perdana (hiburan) dibarisi oleh orang-orang yang 'banyak pahala'nya sehingga sanggup bersekongkol dengan artis ini dengan merahsiakannya dari pengetahuan peminat. Mungkin diorang (wartawan media perdana-hiburan) ni takut rumah mereka dilempar dengan darah ataupun bangkai 'gajah' pula kot....Hahahahaha....Baiklah mari kita lihat senarai artis wanita Malaysia yang ketagihan rokok.

Di tempat pertama ialah Shariffah Amani. Faktor Shariffah Amani menduduki tangga pertama ialah wajah Melayu kampungnya dan perwatakan ibunya yang begitu baik sekali. Bayangkanlah tetiba anak perempuan hisap...



Pelakon yang mempunyai bakat besar dan dikuatkan lagi dengan gandingan adik beradiknya, siapa lagi kalau bukan Sharifah Amani, yang pernah mengemparkan dunia hiburan dengan membotakkan rambut. Sharifah Amani ini seperti sedia maklum memang cukup dikenali sebagai pelakon yang lahir dalam keluarga yang cukup bahagia dan terdidik. Namun, apa yang mengejutkan ramai pihak selepas ini adalah mengenai sebuah video yang memaparkan dimana Sharifah Amani sedang menghisap rokok ketika sedang di temubual oleh seseorang 'wartawan' yang berbangsa asing. Kalau buka fullscreen, memang ada Sharifah pegang rokok dengan tangannya.


Artis di tempat ketiga (3) pula adalah Aflind Shauki dan isterinya. Si 'Buyot' (nama glamour dalam filem Buli) ni nampak saja 'skema' dalam filem Papadom tapi di dunia realiti, lihat sajalah...




Tetapi dalam meniti era kegemilangannya..Afdlin tampak tidak profesional dalam pengurusan peribadinya. Rata-rata ramai yang tahu bahawa merokok itu membahayakan kesihatan..Dan gambar yang dipaparkan jelas menunjukkan dia merupakan seorang perokok. Lihat saja di tangan dia dan isterinya itu. Jika ditanya pada tuan empunya badan, pasti jawapannya 'super impose'. Untuk makluman anda, gambar seperti ini tidak boleh di 'super impose'kan...

Di tempat keempat (4) pula adalah pelakon sinetron Soleha yang memegang watak isteri kedua kepada watak Ikram lakonan Rionaldo, iaitu Zaskia Adya Mecca. Tentu para pembaca tertanya-tanya, mengapa artis Indonesia juga termasuk ke dalam senarai ini kan? Jawapannya adalah kerana tidak ada bezanya industri seni Malaysia ataupun Indonesia, kerana yang pasti ramai rakyat Malaysia yang menonton karya-karya dari seberang. Ya kan? Pernahkah anda terfikir bahawa Zaskia ini adalah perokok dan mempunyai tatoo.




















Di tempat kelima (5) ialah Fasha Sandha. Akibat penyebaran secara berleluasa gambar di atas, Fasha Sandha akhirnya telah membuat pengakuan yang dia sememangnya merokok. Namun dia bukanlah seorang heavy smoker, cuma kadang-kadang (social smoker) sahaja.










Fasha Sandha telah memberitahu yang gambar di atas telah diambil oleh kenalannya di suatu majlis. Fasha Sandha sendiri telah melihat gambar di atas menggunakan Blackberry miliknya.

Di tempat keenam (6) ialah Sazzy Falak. Sazzy memang dikenali dengan gaya urbannya. Gambar ini menunjukkan Sazzy sedang memegang puntung rokok ini diambil ketika Sazzy bersama-sama Yasmin Hani dan rakan-rakannya yang lain di sebuah parti. Di sebuah laman hiburan, menyatakan bahawa Sazzy sememangnya perokok. Tapi, kadang-kadang je...






Seterusnya di tempat ketujuh (7) pula ialah Shariffah Sofea. Gambar ini dirakamkan ketika Shariffah Sofea bersama-sama Jue Aziz dan Jehan Miskin di sebuah kelab malam.






Yang terakhir (8) ialah bekas peserta Gadis Melayu 3 Sharifah Jasmine Soraya. beberapa gambar lagi menunjukkan Jasmine sedang bercumbu dengan pasangan wanitanya.











Baiklah, setakat ini sahaja. Jika anda mempunyai sebarang rasa tidak puas hati ataupun sebarang cadangan sila tinggalkan komen anda. Bye....



10 KEPUTUSAN SPM ARTIS DAN SELEBRITI POPULAR DI MALAYSIA?



 Kali ini saya terima info terbaru mengenai keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 10 artis popular di Malaysia.

Bukan apa, selain berkongsi mengenai cerita artis, boleh juga dijadikan pembekal semangat kepada adik-adik kita dimana kalangan selebriti kita bukan calang-calang juga.

Jom kita lihat keputusan para artis yang berjaya dikorek. Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya. Untuk pengetahuan, tahun 90an, SPM menggunakan aggregate untuk menilai. Dan aggregate yang dikumpul akan menentukan gred atau pangkat. Semakin sikit aggregate semakin bagus la keputusan tersebut. Gred 1 pula adalah adalah lebih bagus dari gred 2 dan gred 3.

keputusan spm artis selebriti malaysia

Berikut adalah 10 keputusan SPM artis dan selebriti popular di Malaysia:


Neelofa – 10A (7A1 + 3A2), 2006

Syura – 3A spm, 2004

Siti Nordiana – 5A spm ,2000

Dato Fazley –Gred 1 Agregat 7

Diana Danielle -2A 5B

Sheila Rusly – Gred 2

Dato Siti Nurhaliza – Gred 2, Dikatakan mendapat tawaran Uitm Arau tetapi tidak lapor diri.

Syafinaz Selamat – Gred 1, Aggregate 8. SPM 1990

Najwa Latif 4 A

Nasha Aziz – mungkin Gred 1 [ada kekeliruan pada keputusan beliau] hihi, mohon maaf…


Wah, hebat-hebat kan. Walau ada antara mereka yang sibuk dengan kerja sebagai penghibur, tetapi mereka tidak lupa pada tanggungjawab sebagai pelajar. Kira ok la tu. Jadi pada adik-adik yang bakal duduki apa-apa peperiksaan pun, semoga boleh jadikan kejayaan artis/selebriti diatas sebagai pendokong semangat anda.

p/s: Banyak lagi idola lain selain daripada artis kita, cuma ini salah satu contoh. Ambil yang baik, yang mana tak elok tu buang jauh-jauh. Jadikan sebagai panduan dan pengajaran. Insya ALLAH…


Thursday, 15 October 2015

Tasha Shila Kemalangn 2 Minggu yang Lalu, Kini Baru Tersebar

 KEADAAN yang menimpa pelakon jelita Tasha Shilla boleh diibaratkan ‘sudah jatuh, ditimpa tangga’.

Dihimpit dengan pelbagai cerita kontroversi melibatkan dirinya, Tasha Shilla sekali lagi terpaksa menelan dugaan berat yang dihadapi apabila didakwa pernah terlibat dalam satu kemalangan di Petaling Street, Kuala Lumpur kira-kira dua minggu lalu.







Menurut seorang sumber kepada portal Beautiful Nara, kereta BMW yang dipandu Tasha telah melanggar sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux.





Tidak dapat dipastikan apakah punca sebenar nahas kemalangan itu, namun kereta yang dipandu Tasha dikatakan terbalik.




Difahamkan, dalam insiden pukul tiga pagi itu, Tasha sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang cedera parah.




Bagaimanapun, Tasha masih belum lagi membuat sebarang kenyataan secara terbuka mengenai kes kemalangan ini.




Sementara itu, bintang drama Nasuha ini juga sempat menjadi tetamu menyambut kedatangan Jay Park di sebuah butik di KLCC beberapa hari lepas.
Dalam perkembangan lain, nama Tasha baru-baru ini menjadi perhatian media selepas dikatakan mabuk dan mengamuk dalam sebuah kelab malam di Kuala Lumpur pagi Jumaat lalu menyerang bekas teman lelakinya, Hans Wong.


Cedera Dilanggar Isteri Kerana Tolak Permintaan Tidur Bersama

CHUKAI – Dek kerana enggan melayan kehendak isterinya, seorang lelaki terlantar di hospital lebih sebulan akibat cedera teruk selepas dirempuh kereta yang dipandu isterinya di Pantai Telok Mok Nik, di sini.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa yang berusia 34 tahun dari Negeri Sembilan patah bahu kiri, paha kanan dan cedera pada tempurung lutut.

Menurut sumber, kejadian belaku sekitar Ogos lalu ketika lelaki berkenaan bertemu isterinya yang sedang menunggu di pantai tersebut.

Jelas sumber, semasa berada di dalam kereta, wanita berusia 26 tahun dari Dungun itu meminta suaminya mencari penginapan di sekitar bandar ini untuk bermalam bersama.

Malangnya, permintaannya ditolak dengan alasan sibuk selain sedang menunggu rakan untuk pulang ke Seremban.

Hal itu menimbulkan rasa tidak puas hati isteri tersebut sekali gus mencetuskan pertelingkahan mulut antara mereka.

Ketika bertengkar, lelaki terbabit bertindak keluar dari kereta dan menuju ke kenderaannya sebelum dilanggar.

Wanita terbabit dikatakan beredar dari kawasan berkenaan selepas melanggar suaminya.


Saya Tak Halang Anak Cebur Bidang Seni Tapi Bimbang - Amy Mastura





Melihat bakat-bakat anaknya, Amy Mastura tidak menghalang pembabitan mereka dalam bidang seni namun binbang.

“Saya dan suami memang tidak halang jika mereka mahu terbabit dalam seni. Tetapi sejujurnya saya takut juga. Saya sendiri berada dalam bidang ini dan saya sudah maklum dengan segala ranjau yang harus ditempuhi”

“Jujurnya, bidang seni bergantung pada nasib. Mereka juga perlu kuat dan seperti saya katakan, masing-masing kena hargai peluang,” jelasnya kepada BH Plus.

Kebimbangan tersebut dirasakan setelah 20 tahun berkecimpung dalam bidang ini dan merasai sendiri pengalaman cabaran sebagai seorang selebriti.


Dengar Ura-Ura Awei ni Dulu AHLI GIMNASTIK, Betul KE????


PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Wings Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman mendedahkan dia pernah menyertai sukan gimnastik ketika umurnya 14 tahun.

Awie berkata dia merupakan satu-satunya ahli gimnas terbaik di sekolahnya iaitu Sekolah Menengah Seri Ampang, Kuala Lumpur dan pernah mewakili sekolah untuk menjalani kursus Saintifik Gimnastik Kanada.

"Memandangkan sukan gimnastik kurang popular pada ketika itu, tidak banyak ilmu yang saya peroleh dan hanya melibatkan diri selama setahun sahaja.

"Tetapi saya tidak pernah berhenti daripada berlatih dan idola saya pada ketika itu ialah Nadia Comaneci," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Selasa.

Tambah Awie, minatnya yang mendalam dalam sukan tersebut membuatkan dia kerap membuat aksi gimnastik di atas pentas pada awal kemunculannya bersama kumpulan Wings.

Bagaimanapun, tegas Awie, walaupun sukan gimnastik dilihat feminin dan kurang sesuai bagi seorang penyanyi rock sepertinya, ia bukan sukan yang mudah sebaliknya memerlukan kekuatan otot sepenuhnya.

"Rasanya tidak salah jika lelaki seperti saya menyertai sukan ini kerana ramai sahaja lelaki yang aktif di bidang ini dan lihatlah bagaimana sasanya mereka.

"Bagaimanapun, sukan ini masih lagi menjadi kegemaran dan adakalanya saya akan mempraktikannya sekadar untuk meregangkan otot.

"Selain itu, sukan ini juga telah banyak mengajar saya mengenai cara penjagaan pemakanan yang sihat," ujarnya.

Sementara itu, Awie bakal memulakan penggambaran filem Amukan Frankenstein Tempatan pada 10 Mei ini, arahan Mamat Khalid.



Respect Pada Atis-Artis Ni, Mereka Semua Bermula Dari Bawah Remy Ishak Paling Stylo

Tidak semua yang sudah mencipta nama dalam persada seni tempatan mengecapi populariti dalam sekelip mata. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.


Apa pekerjaan artis sebelum popular? – Malah, ada di antara nama-nama besar dalam industri seni yang bermula dari bawah dan mengharungi pelbagai rintangan sebelum mereka dapat mengecapi kejayaan seperti sekarang. Jom intai pekerjaan para artis tanah air sebelum mereka bergelar artis.

APA PEKERJAAN ARTIS SEBELUM POPULAR

Datuk Yusof Haslam

Pengarah dan penerbit yang disegani ini dikatakan dahulunya pernah bekerja sebagai konduktor bas sebelum memulakan kerjaya dalam bidang seni. Namun beliau hanya bertahan bekerja sebagai konduktor bas selama 10 bulan kerana lebih meminati bidang seni. Malah Datuk Yusof juga pernah ditawarkan kerja sebagai pegawai penjara di Taiping, Perak tetapi menolak tawaran tersebut kerana tidak sanggup meninggalkan Kuala Lumpur.

Aaron Aziz

Jejaka kelahiran Singapura ini dikatakan sering bertukar kerja sebelum mencuba nasib sebagai pelakon di Malaysia. Malah Aaron juga dikatakan pernah bekerja sebagai jurujual kereta sebelum berkecimpung dalam bidang seni. Aktor kelahirah Singapura itu turut mengakui yang kesenangan yang dimilikinya ketika ini berkat dari pengorbanan serta sokongan daripada keluarganya juga. Sebelum bergelar pelakon, Aaron juga pernah bekerja sebagai pengurus restoran yang menyediakan pelbagai perkhidmatan, namun gajinya hanya cukup-cukup makan sahaja.

“Ketika saya mencari rezeki di Malaysia, isteri, Diyana Halik dan anak sulung, Danish Anaqi terpaksa ditinggalkan di Singapura. Orang tidak tahu ada masanya saya menumpang tidur di rumah kawan, ada ketika saya tidur dalam kereta. Saya selalu menumpang mandi di stesen minyak dan hanya bersiap dalam kereta. Duit belanja yang ditinggalkan untuk isteri dan anak juga tidak seberapa. Isteri kena berjimat cermat ketika itu. Lagipun bayaran diterima dalam ringgit Malaysia, apabila ditukar kepada mata wang Singapura, jadi sedikit,” luah pelakon ‘Ombak Rindu’ ini.

Remy Ishak

Sebelum bertemu Osman Ali, Remy hanyalah seorang jejaka kampung yang tidak pernah mengimpikan kerjaya sebagai pelakon terkenal. Remy pernah bekerja di pasar pagi menjual ikan dan ayam bagi menampung yuran persekolahannya. Biarpun sudah berada di tahap sekarang, Remy sama sekali tidak malu untuk mengakui bahawa dia pernah bekerja di pasar sebelum bergelar artis popular. Malah, dia berbangga kerana bermula dari bawah sebelum menjadi sebahagian daripada anak seni.

Nabil Ahmad

Tidak dinafikan, program realiti Raja Lawak merupakan platform permulaan kerjaya Nabil dalam bidang seni. Dia dahulunya merupakan pekerja despatch yang menghantar surat-surat untuk syarikat di Negeri Sembilan. Nabil sama sekali tidak pernah bermimpi untuk mencapai tahap seperti sekarang kerana dia bukan berasal dari keluarga seni. Tambah Nabil, kalau dahulu apa yang diimpikannya hanyalah menjadi ketua penghantar surat sahaja ketika itu.

Dato’ Siti Nurhaliza

Penyanyi tersohor negara ini tanpa segan silu berkongi ramai yang dia pernah menjual kuih bagi membantu keluarganya sewaktu di Pahang dahulu. Penyanyi lagu ‘Cindai’ ini mula menjual kuih sejak berumur sembilan tahun sehinggalah umur 15 tahun. Baginya, menjual kuih merupakan satu pekerjaan yang memberikan seribu satu pengalaman yang begitu berharga buat dirinya. Malah ia juga merupakan permulaan segala kejayaan yang dikecapi olehnya pada hari ini.

Adibar Noor

Pasti ramai sudah sedia maklum dengan pekerjaan Adibah sebelum masuk dalam bidang seni. Adibah mendaftarkan diri sebagai tenaga pengajar di Sekolah Menengah Taman Datuk Harun bermula Mei 1993 sebelum menamatkan perkhidmatannya pada bulan Jun 1995. Adibah mencuba pelbagai pekerjaan sepanjang tahun 1995, namun kembali mengajar di Institut Tadbiran Negara (INTAN) pada tahun 1996. Penyanyi lagu ‘Terlalu Istimewa’ ini mengajar Bahasa Inggeris selama setahun sebelum keluar semula dari dunia pengajian bagi mencuba nasib dalam bidang seni.

Nora Danish

Pelakon yang popular menerusi drama bersiri ‘Puteri’ ini merupakan seorang pelayan kedai makan sebelum bergelar pelakon. Namun kedai makan tersebut adalah milik ibunya sendiri dan menjadi tanggungjawab Nora sebagai anak untuk membantu ibunya.


Monday, 12 October 2015

ALMY NADIA KONGSI RAHSIA KEMBALI KURUS SELEPAS BERSALIN


Pernah dihina dan dikutuk oleh pengikut di Instagram hanya kerana bentuk badannya berubah setelah melahirkan anak, kini Almy Nadia tampil berkongsi rahsia untuk kembali mendapatkan bentuk badan idaman.

BACA: Peminat Puji Almy Nadia Kini Kembali Langsing

Saya ingin menurunkan berat badan demi suami dan diri sendiri. Saya belum kurus sepenuhnya seperti susuk tubuh asal namun ada perubahan berbanding sebelum ini

Sebelum ini saya hanya muat baju bersaiz XL dan baju ketika mengandung namun secara perlahan-lahan sudah beransur kepada saiz lebih kecil. Suami banyak memberikan sokongan kepada saya untuk menguruskan badan

Namun, dia tidak memaksa saya mengurangkan berat badan dalam tempoh singkat dan secara drastik kerana saya masih menyusukan anak. Malah, sebagai tanda sokongan, Fizz menghadiahkan mesin sauna untuk kegunaan di rumah, jelasnya kepada BH Online.

Antara perkara yang turut diamalkan oleh Almy untuk kembali kembali kurus adalah dengan bersauna lima kali seminggu, jika dia mempunyai kesempatan dan tidak sibuk dengan perkara lain. Lebih manis lagi, mesin sauna di rumah itu adalah daripada suami yang tercinta.

Usaha Almy ini dilihat menjadi pembakar semangat kepada pengikutnya di Instagram malah dalam masa yang sama turut menjadi motivasi kepada mereka yang mahu menguruskan badan agar tidak berputus asa demi untuk mencapai apa yang diidamkan.


TIDAK TAHAN DENGAN TOMAHAN MICHEAL ANG ISU KEPUTUSAN AF2015 AKHIRNYA EDRY MENGAMUK SOUND TEPEK MICHEAL ANG


Pengetua Akademi Fantasia (AF) 2015, Edry Abdul Halim, 39, enggan melayan kenyataan pengarah drama, Michael Ang, yang mempertikaikan kemenangan Sufi dalam konsert akhir popular itu yang dianggapnya tidak relevan.

“Saya tidak kenal pun siapa Michael Ang dan dia tidak relevan dalam bidang muzik. Memanglah semua orang termasuk dia ada pendapat, tetapi luahan daripada orang bukan dalam bidang muzik seperti dia tidak penting bagi saya. Lainlah jika yang mempertikaikan itu adalah penggiat muzik. Itu kita boleh ambil perhatian akan pendapat mereka,” katanya yang diminta mengulas mengenai tweet Michael Ang yang mempertikaikan kemenangan Sufi serta pemilihan lagu dan artis yang membuat persembahan di pentas akhir AF 2015 itu semalam.

Bukan itu saja, tweet Michael Ang itu juga dikritik oleh netizen yang menganggap kenyataan yang dikeluarkan itu tidak profesional.

Bagaimanapun, Michael menjelaskan tweetnya mengenai AF2015 itu bukan bertujuan mencetuskan provokasi atau mempertikaikan mana-mana pihak. Sebaliknya hanya sekadar gurauan saja


PUNCA SEBENAR P RAMLEE JATUH MISKIN SEBELUM MENINGGAL DUNIA

PUNCA SEBENAR P RAMLEE JATUH MISKIN SEBELUM MENINGGAL DUNIA

Disebalik nama besar Tan Sri P Ramlee mungkin ada diantara kita tidak tahu mengenai kisah hidup beliau. Disebalik kehebatan filem beliau yang masih mampu membuatkan ramai orang ketawa ketika ini, tersimpan 1001 kisah yang menyedihkan.
Lihat juga bagaimana ‘berjayanya’ P Ramlee dijatuhkan oleh bangsanya sendiri sehingga tumbang dan tersadai. Tahukah anda, sewaktu hidupnya beliau tidaklah hidup senang seperti artis-artis pada hari ini dan tidak begitu dihargai malah di penghujung hayatnya, beliau telah jatuh miskin, dipulau rakan-rakannya, dijatuhkan, dicaci dan dimalukan serta banyak ditimpa kekecewaan dan kesedihan. Jasa beliau hanya diangkat, dihargai dan dikenang setelah pemergiannya.
P. Ramlee : Genius Yang Tragik
Ketika hidupnya, beliau di hina. Di akhir-akhir hayatnya, beliau di kerasumbangkan. Tidak ada kawan, tidak ada sekutu. Wartawan hampir bersatu menjatuhkannya. Kerajaan gagal menghargai beliau semasa hayatnya. Di tamatkan kontrak oleh EMI, ditamatkan kontrak oleh Shaw Brother, P. Ramlee meniti saat akhir hayatnya dengan penuh kegetiran.
Beliau tidak meminati politik dan plotting. Beliau tidak suka apa-apa taktik kotor dan “anything underhand”. Beliau juga tidak pernah mengata keburukan sesama seniman. Bagi P.Ramlee – hidupnya – keseluruhan hidupnya hanya diabadikan kepada kerja-kerja seni sahaja.
Mati dalam kemiskinan, namun khazanah negara melalui filem dan muzik kekal abadi. Negara ini terhutang budi kepada P.Ramlee. Walaupun gelaran Tan Sri yang dianugerah kepadanya selepas kematian beliau bagaikan ‘sia-sia’, saya masih menyokong P.Ramlee di anugerahkan gelaran Tun.
Namun khazanah negara filem-filem karya beliau bukan milik beliau, bukan juga milik Malaysia. Setiap kali kita menonton filem agungnya, Shaw Brother adalah orang yang meraih keuntungan. Filem-filem seperti Pendekar Bujang Lapok, Ibu Mertuaku dan Nujum Pak Belalang merupakan hak cipta Shaw Brother. Shaw Brother yang mengaut keuntungan dengan hasil kreatif P.Ramlee dan Shaw Brother yang sama memusnahkan kerjaya Seniman Agung itu.
Shaw Brother telah berkomplot dan memulakan perang media memburukkan P.Ramlee, menurut sekutu P.Ramlee Datuk H.M. Shah. Hasilnya, beliau dipulaukan, diejek dan diboo oleh bangsanya sendiri. Menurut dokumentari arahan Shuhaimi Baba, P.Ramlee merupakan seorang pengarah pertama Melayu yang menyimpang dari tradisi meniru filem ala India.
Melalui filem seperti Semerah Padi, P.Ramlee meninggalkan langsung budaya ‘bikin filem’ ala India. P.Ramlee memasukkan unsur-unsur akar umbi budaya dan adat resam Melayu. Malah dalam sebuah temuramah, P.Ramlee menyatakan dengan jitu jika muzik irama Malaysia seperti joget dan sebagainya tidak diterap ke dada generasi Melayu, lama kelamaan seni warisan nenek moyang ini akan hilang. P.Ramlee memang seorang patriotik dan menyayangi bangsanya Melayu.
Dan Melayu sebahagian besar menolak dan mencemuh karyanya disaat menjelang kematiannya. Cukong seperti Shaw Brothers dengan duit dan pengaruh lebih berkuasa memperkotak-katiknya genius Melayu yang sukar dicari ganti ini.
Menjelang kematian Napoleon Bonaparte, beliau sempat menulis sesuatu yang menggetarkan jiwa saya apabila membacanya. Selepas beliau disahkan mati, seseorang menemui kertas ditangan Maharaja Perancis yang mati dalam buangan di Pulau St. Helena. Ini kata-katanya:
“A New Prometheus, I am nailed to a rock to be gnawed by a vulture. Yes, I have stolen the Fire of Heaven, and made a gift of it to mankind. The Fire has returned to its sources, and I am here! The love of glory is like the bridge that Satan built to pass from Chaos across Hell to Paradise; glory link the past and the future across a bottomless abyss. Nothing to my  son except my name!”
Kata-kata itu lebih tepat untuk ditujukan kepada P.Ramlee. Sebagai pemula sebenar ‘filem Melayu’, beliau telah mencuri ‘Api Syurga’ yang membawa sinar baru kepada bangsa Melayu, tetapi dengan harga yang perlu dibayar. Seperti nasibnya Prometheus dalam mitologi Greek yang mencuri ‘Fire of Heaven’ dan memberi ilmu kepada mere mortal(manusia biasa), beliau telah dihukum oleh Zeus.
Hukuman bagi Prometheus adalah beliau dipaku kepada batu batan dan akan datang burung hering memakan hatinya. Hatinya akan tumbuh semula untuk kembali dimakan  oleh hering. Seperti Prometheus, menjelang kematiannya, P.Ramlee telah ‘makan hati.’ Ini tidak disedari oleh bangsanya yang terus-terusan mengejeknya hingga beliau meninggalkan kita untuk selamanya pada 29 Mei 1973.
Ironinya, beliau menjadi abadi selepas itu. Seperti kata Renoir tentang lukisan yang dihasilkan dengan kesakitan kerana beliau cacat:
“The pain passes; but the beauty remains.”
– Al Fatihah buat Tan Sri P Ramlee –


PANAS ! INI JAWAPAN BALAS PALING JUJUR SUFI AF2015 APABILA SEJARAH HITAMNYA TERBONGKAR


PANAS ! INI JAWAPAN BALAS PALIG JUJUR SUFI AF2015 APABILA SEJARAH HITAMNYA TERBONGKAR


Enggan mengungkit kembali kisah silamnya, juara #AF2015 Sufi memberitahu dia kini ingin memberikan fokus sepenuhnya terhadap kerjayanya.

Sufi atau nama sebenarnya Sufie Rashid mengakui dia tidak mahu sejarah hitam itu dipanjangkan lagi dan lebih selesa jika tidak bercerita mengenai kehidupan peribadinya.

Bagi saya apa yang dah berlaku itu biarlah berlalu dan kalau boleh saya tidak mahu ungkit hal yang berkaitan dengan kontroversi ataupun peribadi.

Saya ingin buktikan bahawa kemenangan ini bukanlah disebabkan kontroversi yang melanda sebaliknya kerana saya diiktiraf atas bakat saya sendiri.

Tidak perlu dipanjangkan melainkan perkara tersebut benar-benar serius. Selepas ini saya mahu lebih fokus pada kerjaya saya sebagai seorang penyanyi.

Jika ada pihak yang bertanya mengenai hal peribadi, saya akan tolak dengan baik, katanya ketika ditemui Astro Gempak sebaik sahaja tamat konsert akhir #AF2015.

Selain itu, Sufi juga menafikan dakwaan yang mengatakan dia cuba meraih undian dengan tampil membantu penyanyi cilik Indonesia, Tegar yang dikatakan berhadapan dengan kes gangguan seksual yang dilakukan oleh bekas pengurus yang juga merupakan bapa tirinya, Arif Dollah sekitar Mac lalu.

Dakwaan itu tidak benar sama sekali, malah perkara itu berlaku sebelum saya sertai #AF2015 dan mana mungkin saya mahu menjadikan isu itu untuk meraih undian.

Malah saya juga tak rasa menyesal sewaktu memberikan kenyataan mengenai kes tersebut kerana niat saya hanya satu iaitu untuk membantu sahabat saya.

Sepanjang tiga bulan berada di akademi, saya tidak berhubung dengan dunia luar dan tidak tahu mengenai perkembangan kes tersebut.

Selepas ini saya mahu berikan yang terbaik terhadap apa sahaja yang saya lakukan untuk kerjaya dalam karier muzik saya, katanya yang mengakui tidak mengetahui bahawa kes tersebut telah digugurkan.

Terdahulu, Sufi pernah membuat pengakuan peribadi di hadapan pihak media dengan mengatakan bahawa dia pernah didera secara seksual oleh Arif Dollah.

Pendedahan itu dilakukan selepas pihak Tegar membuat laporan polis di Singapura berkenaan dengan kes gangguan seksual yang dilakukan oleh Arif terhadap Tegar.