Monday 12 October 2015

Filled Under:

Kincir Air Tinggalan Nabi Yusuf Ini Hasilkan Bunyi Seakan-akan Azan

Ni nak bawa pembaca2 untuk melihat kebesaran Allah S.W.T iaitu Kincir Air Nabi Yusuf kat bandar Fayyoum, Mesir. memang betullah orang kata bandar Fayyoum ialah antara bandar yang paling subur kat negara Mesir ni.



Terkejut aku ada jugak tempat kat Mesir ni persekitarannya macam negara kita la, ada rumput, banyak pokok, ayam dan keldai(bukan lembu la, ha3) berkeliaran... biasanya tempat2 lain kebanyakan bangunan2 dan padang pasir kosong je..


''Yusuf berkata kepada raja: jadikanlah aku seorang yang berkuasa untuk mengelola (hasil) bumi (Mesir); sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga, lagi berpengetahuan." (Surah Yusuf ayat55)


 Ternyatalah memang benar ayat Al-Quran di atas apabila bukti itu dapat dilihat apabila sebahagian besar kawasan timur tengah akan menghadapi kemarau 7 tahun berturut-turut. Lalu Nabi Yusuf mendapat kepercayaan raja yang memerintah ketika itu untuk menyelesaikan masalah kemarau panjang yang berlaku.

Dengan itu, bersungguh- sungguhlah Nabi Yusuf membangunkan kota Fayyoum untuk menjadikan bandar ini kaya dengan sumber makanan bagi negara Mesir dan sekitarnya.
   Menjelangnya musim kemarau yang dahsyat selama 7 tahun, tidak memberi kesan yang buruk terhadap Mesir yang telah mengumpulkan bekalan makanan dari bandar Fayyoum yang subur atas arahan Nabi Yusuf. Begitulah yang tercatat dalam Surah Yusuf.

Nama 'Fayyoum' sendiri berasal dari bahasa Koptik, yaitu bahasa Mesir kuno yang sudah bercampur dengan bahasa Yunani: Phiom atau Pa-youm yang bermakna danau atau laut.



Kerana di kawasan ini memang terdapat danau cukup besar yang terbentuk sejak berabad silam. Danau itu memiliki ketinggian 45 meter di bawah laut. Sehingga sulit menggunakan air danau untuk mengairi kawasan yang lebih tinggi di sekitarnya.


Maka, disinilah kecerdikan Nabi Yusuf. Beliau mengalirkan air dari sungai Nil yang berjarak sekitar 100 km ke danau itu.

Ada beberapa saluran air yang dialirkan ke daerah pertanian seluas 340.000 ha di kota Fayoum. Untuk meratakan pengaliran airnya, Nabi Yusuf menggunakan teknik kincir air.

 Ada ratusan kincir air yang dipakai oleh penduduknya hingga sekarang. Salah satunya adalah kincir raksasa yang diabadikan di tengah-tengah kota Fayoum, dekat Saluran Utama yang dikenal sebagaiBahr Yusuf @ kanal Nabi Yusuf.




0 comments:

Post a Comment