Thursday 15 October 2015

Filled Under:

Cara kretif Untuk Membersihkan Pakaian Yang Terkena Minyak Menggunakan Sabu,Bedak,Berus Gigi dan Sudu.

Dalam asyik kita mencari baju baru, baju lama tetap perlu dipelihara. Walaupun wardrobe sudah penuh, tetapi kita masih mencari pakaian baru untuk memenuhi keperluan penggunaan seharian yang menepati tema sesuatu majlis seperti majlis rasmi, atau pun untuk tujuan ke tempat kerja dan kegunaan seharian.








Pakaian lama jika dijaga dengan baik akan kelihatan seperti baru.  Jika pakaian yang disayangi terkena kotoran atau minyak umpamanya, pengendalian yang betul untuk mencuci kotoran adalah penting untuk menanggalkan kotoran. Ramai ibu muda bertanya bagaimana cara mencuci untuk pakaian yang terkena minyak. Baju dalam kategori terkena minyak ini termasuklah samada anda bekerja di bawah kereta yang menyebabkan baju terkena minyak atau gris.. minyak masakan tertumpah pada baju ketika memasak, ataupun ada juga kes di mana lip balm tertinggal di dalam poket seluar sehingga pakaian ada kesan minyak..semua kes ini adalah berbeza tetapi penyelesaiannya adalah sama. Norzi Beautilicious House akan berkongsi dengan para pembaca tentang beberapa cara untuk menghapuskan kesan minyak atau pun gris pada pakaian anda, perkongsian dari maklumat WikiHow. Terima kasih kepada WikiHow atas perkongsian ini.


Antara cara membersihkan adalah dengan menggunakan kertas tisu keras untuk menghilangkan semua kekotoran yang masih boleh tanggal. Kesat beberapa kali sehingga semua kotoran tertanggal



 Kesat atau sentalkan kekotaran gris atau minyak yang terlekat.





Seterusnya , letakkan atau taburkan bedak bayi di atas permukaan kotoran. Jika anda tiada bedak / talkum boleh juga menggunakan tepung ataupun garam.







Langkah seterusnya adalah dengan mengeluarkan semua baki bedak dengan menggunakan sudu . Hati-hati ketika mengendalikan ini kerana dikhuatiri boleh menyebarkan kekotoran pada bahagian lain.





Setelah itu , sapukan pencuci pakaian pada permukaan baju. Letakkan sabun betul- betul pada seluruh kawasan kotoran dan sedikit air. Sapukan dengan tangan sehingga buih terbentuk.







Setelah letakkan sedikit sabun dan air, beruskan dengan menggunakan berus gigi yang tidak dipakai lagi. Ini akan menggalakkan penghasilan buih. Selain itu, pakaian kotor boleh juga direndamkan seketika dengan air sabun bagi menghilangkan kotoran. Langkah ini akan memudahkan kotoran degil tanggal dari baju.






Baju selesai di cuci dan digantung untuk dikeringkan.




0 comments:

Post a Comment