Betul tak bila kita dengar tentang Benjy dengan penyalah gunaan dadah MESTI kita sedia tahu yang Benjy dipenjarakan di PENJARA MUAR, adakah kita tahu sejarah wujudnya penjara muar? Mari kita kongsikan sejarah penjara muar Tempat Benjy kene tahan ni.
Bangunan yang sedia ada hari ini, dibina pada tahun 1927 bagi menempatkan budak-budak nakal. Apabila terbina nya Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, kesemua penghuni-penghuni pusat ini dipindahkan ke sana pada tahun 1950. Penjara ini ditutup seketika. Pada tahun 1958, tempat ini dibuka semula dengan nama Tempat Tahanan.
Pada tahun 1959, tempat ini sekali lagi ditukar nama kepada Tempat Tahanan Perlindungan. Pada tahun 1973, tempat ini ditutup dan semua tahanannya dipindahkan ke Tempat Tahanan Perlindungan Kamunting, Perak.
Pada bulan Oktober 1976, sejumlah 50 orang pegawai penjara bujang dari seluruh institusi penjara di Semenanjung Malaysia dipindahkan ke institusi ini bagi membuat kerja-kerja pembersihan awal dan persediaan untuk menerima orang-orang tahanan yang akan dipindahkan dari Pusat Pemulihan Akhlak, Pulau Jerejak, Pulau Pinang secara berperingkat-peringkat.
Begitulah sejarah ringkas tentang penjara muar, tetapi sekarang penjara muar ni lebih kepada pesalah kes penyalahgunaan dadah. Kes2 macam ni memang popular di muar, kerana muar pun antara kawasan gelap aktiviti pengedaran dadah.Bahkan ada juga persalah yang berada di negeri sembilan, juga di tempatkan disi.
Sekarang tak macam dulu,tahukah anda penjara muar ni di tengah2 pusat bandar muar? Betul2 je tepi jalan bersebelahan dengan hospital pakar sultanah fatimah. Walaupun begitu tiada sebarang kes tentang banduan lari atau terlepas, kerana abang2 warden sana semuanya garang2, hehe.
Ni nak bawa pembaca2 untuk melihat kebesaran Allah S.W.T iaitu Kincir Air Nabi Yusuf kat bandar Fayyoum, Mesir. memang betullah orang kata bandar Fayyoum ialah antara bandar yang paling subur kat negara Mesir ni.
Terkejut aku ada jugak tempat kat Mesir ni persekitarannya macam negara kita la, ada rumput, banyak pokok, ayam dan keldai(bukan lembu la, ha3) berkeliaran... biasanya tempat2 lain kebanyakan bangunan2 dan padang pasir kosong je..
''Yusuf berkata kepada raja: jadikanlah aku seorang yang berkuasa untuk mengelola (hasil) bumi (Mesir); sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga, lagi berpengetahuan." (Surah Yusuf ayat55)
Ternyatalah memang benar ayat Al-Quran di atas apabila bukti itu dapat dilihat apabila sebahagian besar kawasan timur tengah akan menghadapi kemarau 7 tahun berturut-turut. Lalu Nabi Yusuf mendapat kepercayaan raja yang memerintah ketika itu untuk menyelesaikan masalah kemarau panjang yang berlaku.
Dengan itu, bersungguh- sungguhlah Nabi Yusuf membangunkan kota Fayyoum untuk menjadikan bandar ini kaya dengan sumber makanan bagi negara Mesir dan sekitarnya.
Menjelangnya musim kemarau yang dahsyat selama 7 tahun, tidak memberi kesan yang buruk terhadap Mesir yang telah mengumpulkan bekalan makanan dari bandar Fayyoum yang subur atas arahan Nabi Yusuf. Begitulah yang tercatat dalam Surah Yusuf.
Nama 'Fayyoum' sendiri berasal dari bahasa Koptik, yaitu bahasa Mesir kuno yang sudah bercampur dengan bahasa Yunani: Phiom atau Pa-youm yang bermakna danau atau laut.
Kerana di kawasan ini memang terdapat danau cukup besar yang terbentuk sejak berabad silam. Danau itu memiliki ketinggian 45 meter di bawah laut. Sehingga sulit menggunakan air danau untuk mengairi kawasan yang lebih tinggi di sekitarnya.
Maka, disinilah kecerdikan Nabi Yusuf. Beliau mengalirkan air dari sungai Nil yang berjarak sekitar 100 km ke danau itu.
Ada beberapa saluran air yang dialirkan ke daerah pertanian seluas 340.000 ha di kota Fayoum. Untuk meratakan pengaliran airnya, Nabi Yusuf menggunakan teknik kincir air.
Ada ratusan kincir air yang dipakai oleh penduduknya hingga sekarang. Salah satunya adalah kincir raksasa yang diabadikan di tengah-tengah kota Fayoum, dekat Saluran Utama yang dikenal sebagaiBahr Yusuf @ kanal Nabi Yusuf.