Wednesday 14 October 2015

Filled Under:

Ini dia Sebab Kenapa Kereta Lama Berkarat Lagi Bagus Daripada Kereta Mahal!


Ini dia Sebab Kenapa Kereta Lama Berkarat Lagi Bagus Daripada Kereta Mahal!

Ramai orang nak beli kereta. Terutama sekali yang mahal-mahal. Ramai yang dok berangan kereta Mini Cooper, BMW, Merc, dan macam-macam lagi.

Tapi daripada segi kewangan, bagus ke sebenarnya kereta berjenama ni? Di bawah ini saya kongsikan satu artikel yang ditulis oleh Faizul Ridzuan yang saya percaya boleh membantu anda untuk membuat pilihan dalam membeli kereta baru ataupun tunggu dulu sehingga kewangan anda betul-betul cukup selesa.

Dipersilakan baca…

KERETA – MUSUH KEWANGAN NO.1 & PUNCA UTAMA KENAPA RAMAI ORANG SEMPIT DUIT???


Salam semua. Baru-baru ini saya ada buat sesi 1on1 dengan seorang pelabur muda. Beliau komplen kenapa bank tidak mahu meluluskan pinjaman hartanah beliau sedangkan gajinya boleh tahan RM8000 sebulan dan baru berumur 30 tahun. Selepas saya siasat CCRIS beliau, saya dapati komitment kereka beliau melangkaui 40% daripada pendapatan bersih bulanan beliau (kereta Audi baru), dan ini menyebabkan beliau sukar nak membeli hartanah dan terpaksa terus menyewa………….

Jadi saya nak kongsikan kisah beliau untuk kita ambil iktibar. Sebelum anda beli kereta baru untuk raya ni, fikirlah masak-masak. Sebab pada pendapat saya, kereta adalah punca utama kenapa ramai akan rasa susah nak simpan duit. Ramai yang anggap kalau mampu bayar ansuran kereta, maksudnya kita mampu miliki kereta itu. Walhal hakikatnya, ramai yang terlupa yang kereta akan “melahirkan” banyak komitmen-komitmen baru seperti berikut :

1) Kos insurans.
2) Cukai jalan.
3) Minyak.
4) Tol.
5) Parking.
6) Servis penyelenggaraan (maintenance).
7) Alat-alat gantian kereta.
8) Kos yang perlu ditampung apabila berlaku kejadiaan yang tidak diingini. Contohnya? Kereta rosak di tengah jalan.

Dan kami dah rumuskan potensi kurang-harta yang anda akan tanggung bila anda beli kenderaan berikut :

– MYVI – Anda akan kurang kaya sebanyak RM180,000



– HONDA CITY – Anda akan kurang kaya sebanyak RM260,000

– BMW – Anda akan kurang kaya sebanyak RM674,000

Tanya diri sendiri, berbaloi kah untuk kita bergaya dan berbangga untuk sebulan, tetapi lepas tu kena menderita sampai 9 tahun nak membayar hutang kereta?? Ramai graduan yang komplen duit tak cukup kerana kos sara hidup yang tinggi, sebenarnya tak sedar yang komitment kereta mereka adalah perbelanjaan tertinggi tiap-tiap bulan.




0 comments:

Post a Comment