Friday, 16 October 2015

10 KEPUTUSAN SPM ARTIS DAN SELEBRITI POPULAR DI MALAYSIA?



 Kali ini saya terima info terbaru mengenai keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 10 artis popular di Malaysia.

Bukan apa, selain berkongsi mengenai cerita artis, boleh juga dijadikan pembekal semangat kepada adik-adik kita dimana kalangan selebriti kita bukan calang-calang juga.

Jom kita lihat keputusan para artis yang berjaya dikorek. Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya. Untuk pengetahuan, tahun 90an, SPM menggunakan aggregate untuk menilai. Dan aggregate yang dikumpul akan menentukan gred atau pangkat. Semakin sikit aggregate semakin bagus la keputusan tersebut. Gred 1 pula adalah adalah lebih bagus dari gred 2 dan gred 3.

keputusan spm artis selebriti malaysia

Berikut adalah 10 keputusan SPM artis dan selebriti popular di Malaysia:


Neelofa – 10A (7A1 + 3A2), 2006

Syura – 3A spm, 2004

Siti Nordiana – 5A spm ,2000

Dato Fazley –Gred 1 Agregat 7

Diana Danielle -2A 5B

Sheila Rusly – Gred 2

Dato Siti Nurhaliza – Gred 2, Dikatakan mendapat tawaran Uitm Arau tetapi tidak lapor diri.

Syafinaz Selamat – Gred 1, Aggregate 8. SPM 1990

Najwa Latif 4 A

Nasha Aziz – mungkin Gred 1 [ada kekeliruan pada keputusan beliau] hihi, mohon maaf…


Wah, hebat-hebat kan. Walau ada antara mereka yang sibuk dengan kerja sebagai penghibur, tetapi mereka tidak lupa pada tanggungjawab sebagai pelajar. Kira ok la tu. Jadi pada adik-adik yang bakal duduki apa-apa peperiksaan pun, semoga boleh jadikan kejayaan artis/selebriti diatas sebagai pendokong semangat anda.

p/s: Banyak lagi idola lain selain daripada artis kita, cuma ini salah satu contoh. Ambil yang baik, yang mana tak elok tu buang jauh-jauh. Jadikan sebagai panduan dan pengajaran. Insya ALLAH…


Akibat Berjenaka Tayang Wang RM246,000, Lelaki Mati Dibunuh Perompak


Pennsylvania: Perbuatan seorang lelaki berjenaka mengenai duit yang dimuat naik ke akaun Facebooknya membawa padah apabila menyebabkannya menjadi sasaran perompak yang membunuhnya.

Lapor HarianMetro, Tony Harris, 50, memuat naik gambar tunangnya Amber Crane memegang beberapa ikat not wang kertas AS$100 dengan keterangan: “Saya tersalah letak AS$60,000 (RM246,000). Harap-harap isteri saya tidak membelanjakan semuanya.”

Malangnya, seminggu kemudian tiga lelaki bertopeng memecah masuk ke rumahnya dan menuntut supaya dia menyerahkan wang berkenaan.

Harris dilaporkan sentiasa membiarkan pintu rumahnya dalam keadaan tidak berkunci.

Seorang daripada lelaki terbabit mengacukan pistol ke kepala Harris, manakala Amber diacukan pistol seorang lagi perompak.

Mereka menggeledah rumahnya mencari wang dan apabila Harris berkata duit itu tidak wujud mereka berang lalu menembaknya di kepala sebelum melarikan diri.

Katanya, tiga anak mereka berusia lima dan dua tahun serta 10 bulan juga berada di dalam rumah ketika itu. Kejadian berlaku sehari selepas menyambut ulang tahun kelima anak perempuan mereka.

Harris meninggal dunia lapan jam kemudian ketika pembedahan di Hospital Universiti Pennsylvania.

Ketua Siasatan Pembunuhan Polis Philadelphia, James Clark tidak menolak kemungkinan Harris dibunuh kerana apa dimuat naik ke Facebooknya.

“Sebenarnya wang itu tidak wujud. Perompak berkenaan berusia antara 17 hingga 19 tahun,” katanya.

Anak saudara Harris, Anthony Fleming mengesahkan gambar dimuat naik Harris itu sekadar satu gurauan.


Semua Orang Tahu WWE Tu Cuma Lakonan,Tapi Sebenarnya Ada Mesej Yang Hendak Disampaikan.


Rancangan gusti World Wrestling Entertainment (WWE) merupakan rancangan televisyen yang paling popular di Amerika Syarikat dan seantero dunia. Jumlah penonton Monday Night RAW yang merupakan rancangan bersiri paling lama dalam sejarah dunia, akan mencapai episod ke-1,000 pada bulan depan, mengalahkan semua rancangan televisyen dan juga acara sukan yang lain.

Sandiwara dalam gusti
Apa yang menarik tentangnya? Ia bukan sahaja bertahan sejak sekian lama tetapi mengungguli segala rating rancangan lain. Barangkali semua orang tahu (kecuali kanak-kanak bawah 12 tahun) bahawa segala drama, perlawanan dan skrip telah diaturkan sejak dari awal yang dilakonan untuk rancangan ‘per-per-view’ mereka seperti ‘SummerSlam’, ‘Over The Limit’, ‘Wrestlemania’ dan sebagainya.

Ini sebuah contoh skrip yang standard, ada dua ahli gusti, satu yang baik baik dan satu lagi jahat. Sesiapa dalam kumpulan baik akan cuba menjadi popular dan memenangi hati penonton manakala setiap perbuatan jahat bertujuan menjengkelkan penonton. Si penggusti A tidak puas hati dengan penggusti B untuk apa jua alasan pun. A akan ganggu perlawanan B,  B akan ganggu kembali perlawanan A. Ini akan berlarutan untuk beberapa minggu dan akan diselesaikan dalam mana-mana acara kemuncak ‘pay-per-view’ mereka.

Yang menariknya, walau pun ada skrip, tiada siapa yang akan tahu kesudahannya. Ia seperti satu reality show yang diminati ramai yang mana ia juga disediakan skrip walau pun dicanangkan sebagai sesuatu yang benar-benar berlaku tanpa lakonan.

Kegilaan drama WWE masa kini
Skrip dalam WWE yang sedang dihidangkan kini banyak mengingatkan kita tentang negara ini. Dalam siri masa kini, Pengurus Besar Monday Night RAW dan Smackdown, dua siri utama mingguan WWE, John Laurinaitis yang berwatak jahat bersikap amat menjengkelkan. Slogan beliau ialah ‘People Power’ atau ‘kuasa rakyat’. Indah bunyinya tetapi ironinya wataknya ialah menindas para penggusti ‘baik’.

Yang sering menjadi mangsa ‘People Power’ ini ialah juara-juara gusti CM Punk dan John Cena dari kumpulan baik. Sebagai contoh, apabila CM Punk lantang mengutuk pentadbiran Laurinaitis, beliau sebagai pengurus besar mengaturkan perlawanan-perlawanan yang tidak adil seperti perlawanan tiga lawan satu atau membenarkan ahli gusti jahat melakukan penipuan.

Di sekeliling Laurinaitis ini terdapat konco-konco yang kerja mereka hanyalah mengampu, membodek dan mencacai bos mereka. Antara yang paling ketara ialah David Otounga (lulusan undang-undang Harvard) dan Eve Torres. Bagi mereka, bos merekalah yang terbaik, bos merekalah yang maksum, bos inilah harus ditaati tanpa sebarang soalan.

Buat apa bodek bos? Supaya dapat senang mendapat apa yang mereka mahukan. Sama ada merebut kejuaraan, pangkat yang besar atau pun habuan wang.

Pemerintahan beliau yang zalim ini hampir ditamatkan dalam acara ‘Over The Limit’ baru-baru ini apabila lembaga pengarah WWE mahu Laurinaitis yang sudah berumur bertarung dengan  John Cena yang masih gagah. Syaratnya, Laurinaitis tewas, beliau akan dipecat daripada jawatan pengurus besar. Maka bergembiralah penonton menanti saat perubahan itu.

Sayangnya, pada saat-saat akhir, apabila John Cena hampir memenangi perlawanan tersebut, tiba-tiba ahli gusti yang ‘baik” bernama Big Show datang menyelamatkan Laurinaitis. Sedangkan pengurus besar itu telah memecat Big Show pada minggu sebelumnya kerana suka mengajuk suara Laurinaitis yang agak serak basah.

Kenapa Big Show sanggup berbuat demikian? Kerana walau pun ahli gusti itu dari kalangan yang ‘baik’, beliau terpaksa melakukannya kerana ‘carma’, kerana sudah seminggu menganggur dan kerana tawaran kontrak yang lumayan untuk diterima berkerja semula dalam WWE.

Tidak lupa juga watak perempuan puaka Vikki Guererro. Setiap perkataan yang keluar daripada mulutnya amat menjengkelkan dan dibenci. Setiap kali beliau bercakap dengan nyaring dengan kata-kata jeritan “excuse me”, sudah pasti penonton akan ‘boo’ dengan sangat kuat.

Sekurang-kurangnya WWE menghiburkan…

Banyak adegan-adegan gusti WWE mengingatkan saya tentang keadaan politik di Malaysia. Jika watak jahat WWE mempromosikan “People Power”, kita ada 1Malaysia. Kita juga pernah ada Cemerlang, Gemilang, Terbilang”. Malah kita pernah ada “Bersih, Cekap, Amanah”. Tetapi hasilnya, lebih RM1,000 bilion ringgit wang rakyat dan hasil sumber negara hangus deka korupsi, penyelewengan dan salah guna kuasa sejak suku abad yang lalu.

Hakikatnya, betapa zalim pun watak-watak jahat dalam WWE, golongan baik akhirnya menang juga, Itu tuntutan penonton. Sebab itulah daya penarik WWE yang kekal daya ketahanannya adalah kejayaan memenuhi aspirasi dan cita-cita penonton. Sekurang-kurangnya drama dan sandiwara WWE menghiburkan, kadang-kadang ada jenakanya, selalu pula ketegangan sentiasa ada di hati penonton.Yang amat menjengkelkan ialah politik di negara kita. Walau pun ada banyak persamaan amalan politik Malaysia, khususnya politik kotor UMNO dan Barisan Nasional, ia bukan satu rancangan TV. Ia adalah hakikat pedih yang terpaksa diharungi rakyat Malaysia.

Jika kekotoran yang penuh kezaliman dan kekejaman ini tidak diubah, maka kita semua akan terus menderita buat selama-lamanya. Tidak mungkin akan ada hero gusti datang menyelamatkan kita. Hanya kita sendiri menjadi penentu kepada perubahan untuk kehidupan yang lebih baik, aman, adil, saksama dan selamat


HAHAHAHAH 3 Status Kelakar Budak Bernama iJOi, Macam AMRAN pun ade.

Serius aku tak kenal sape si ijoi ni tapi memang  KELAKO status dia, Korang enjoy la ye.







Macam Mana Geng-Geng Kapcai Menilai Kekayaan Yang Ada Pada Motorsikal Mereka.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera lah hendaknye.. syukur dengan hikmahnya kita masih bernafas hari ini.. huhu..

Topik hari ni padan lah kot dengan tajuk dekat atas tu.. huhu..

Macam Mane nak Nilai Tahap Kekayaan Seseorang dengan hanye Motorsikal??

Ramai orang kate yang mat moto ni miskin tak ade duit nak beli kereta? (perempuan adalah majoriti yang cakap macam n) Btol kn? haha..

actually, kalau diperhati betul2,, budak2 moto ni tak de lah sengkek sangat pon.. masing2 ad minat kan? bia ku bagi contoh la senang.. huhu..

anggaran harge kereta MyVi sekarang dalam RM4+,+++ ( kalau tak silap la). kereta ni da cukup market bg muda mudi sekarang n.. huhu.. die punya kembang ade kereta ni emhh.. nallek gile~ haha..

oke. dah2.. karang ke lain pulak.. huhu.. bagi mat moto pulak kite bagi die moto RXZ.. (raja Motor Kapcai Malaysia taw).. huhu.. meh wat kire2..
harga moto RXZ sekarang around RM13,+++ sebuah. mahal? sebab dah tak ade keluaran da moto n.. mane nak cari 13K dek oi? huhu..



selalu kalu org da beli kereta paling koman pon tuka sport rim je. tu pon sbb tak mampu. sport rim baru takat 1-2 ribu je.. kn?

kalau budak moto,, diorang sanggup abes sampai 5K semate2 untuk sport rim sahaje? mahal? untuk kepuasan tak ape. jangan ingat barang2 sparepart moto takat 2-3 ringgit je taw.. haha.. kerete 2K dapat 4 biji, moto 5K baru sepasang je? so?

tu baru sikit. budak2 moto sekarang tak cukup kalu setakat hanya abes untuk sport rim sahaje.. banyak ag nak modi n.. huhu.. suspension and braking system pon kene la tuka bagi mantap gitu..

Suspension jenis brand Showa.. die ade 3 Spec.. Spec 1, 2 and 3. ade lagi satu Showa Crown.. mane dapat suspension n? superbike la.. huhu.. engat moto kapcai tak boleh pakai barang superbike ke? suspension die sahaje da cecah paling koman 1.3K untuk spec 3. kalu Showa Crown? skali ganda harga spec 3? yang baru sekarang n barang Ohlin.. yg ni jangan cakap lah kalu die jual around 1.8K ade orang nk beli lagi. huhu..


Braking system? peh ni kalau nmpk kat moto.. Ya Allah,, meleleh~ haha..
paling busuk sekarang orang pakai brembo. busuk ke? haha.. busuk tak busuk la kalu setakat pump atas org jual dekat 1K seunit. haha.. kepada para2 perempuan sila kan untuk ternganga seketika.. haha.. itu baru brembo.. Nissin? Tokico? Aprillia? pike sendiri.. huhu..



motor kurang market kalau tak ade kaler crhome kat motor die.. huhu.. peh.. die punye kilat jangan cakap. kalah pak haji botak sebelah rumah ku.. haha..

helmet is another one. haha yang ni jangan dibuat main nanti ade yang cari aku kalau salah cerita.. huhu..
there are 2 brand helmet yg tengah jadi rebutan dipasaran.. diperkenalkan Arai dan Shoei.. huhu.. helmet n kalau ku ade ku sarung kat kepale je tak nak bukak.. sayang woo~ haha.. untuk Arai ni harge die tak ade lah mahal sangat kot.. ala helmet je.. huuhu.. paling rendah sekarang ada dalam 1.2K hingga yang paling tinggi setakat ni around 8K sebuah. murah kn? haha.. untuk shoei ni aku kurang sikit sebab market die baru lagi dikalangan budak2 moto.. huhu.. paling murah yang aku nmpk sekarang dalam 1.5K hingga lah ke 10K paling tinggi.. kenape mahal sangat? tanye la mat2 moto diluar sane.. haha..







Sudah2!! jangan seksa mataku~ huhu.. n kalau jual n kaye aku..
thats is just aksesori.. kire la sendiri brape harge semua tu. itu baru sikit. aku sendiri pon tak mampu sumpah! haha.. ade yang abes sampai beriban-riban untuk motor die.. untuk ape? haha.. ni Tagline budak2 moto sekarang... "RARE AND LIMITED IS OUR PRIORITY".. huhu.. yeah!

so budak diluar sane tak kire lah lelaki ataw perempuan, jangan lah pandang rendah budak2 moto sekarang. mereka juga ada maruah, mereka juga manusia, semua same. jangan samakan kami Budak2 moto dengan mat rempit. budak2 moto masih ade sikap berhemah dijalan raya taw? haha.. kalau setakat fly tu biase la nk test jentera masing2 diatas highway.. laju tak laju.. kan? haha..


aku pon da tak taw merepek ape hari ni.. masuk kije pon da basah kuyup ujan pulak mase otw ke tempat kerja sebentar td.. huhu.. sejuknye.. uhuhu.. anyway Majulah Budak2 Moto demi Negara.. hikhik.. assalam...


Percayakah Anda 'Dua' Gadis Dalam Gambar Ini Adalah Orang Yang Sama?

Percayakah Anda 'Dua' Gadis Dalam Gambar Ini Adalah Orang Yang Sama?


Kini, viral di media sosial gambar 'dua' orang gadis ini. Satunya gelap, satu lagi putih cun melecun. Tapi percayakan anda kedua-dua gadis ini adalah orang yang sama??

Gadis ini, yang menggunakan nama Instagram @farajuliana kini menjadi model di Easy Peasy Scarf dan baru sahaja berumur 16 tahun! Tapi umur tidak menjadi persoalan netizens. Apa yang menjadikan netizen pelik bagaimana dia boleh berubah dari gadis hitam (manis) kepada putih dan ayu?



Menjawab persoalan itu, akaun instagram Easy Peasy Scarf tampil memberi jawapan.

"About this thing going viral. I want to explain something...

"I heard lots of -ve comment. So I want to make it clear to all of you.

"Actually, We do it for fun!", kata Easy Peasy Scarf

Menurut akaun instagram itu juga, @farajuliana mula berubah apabila dia bertukar sekolah dan berhenti bermain sukan.

"@farajuliana dulu dia budak sport selalu main netball, olahraga & sebagainya sebab tu dia boleh jadi gelap mcm tu. Selepas dia stop semua sukan & tukar sekolah dia pun kembali normal.  Haa nak bagitauu! Collagen pun dia tak tahu apa tau.

"Untuk gambar selepas tu confirm lah make up & lighting touch up for the purpose of business. Kalau nak tgk the real @farajuliana boleh pergi tgk ig dia. Dia juga gadis normal berumur 16 tahun.



Thursday, 15 October 2015

Tasha Shila Kemalangn 2 Minggu yang Lalu, Kini Baru Tersebar

 KEADAAN yang menimpa pelakon jelita Tasha Shilla boleh diibaratkan ‘sudah jatuh, ditimpa tangga’.

Dihimpit dengan pelbagai cerita kontroversi melibatkan dirinya, Tasha Shilla sekali lagi terpaksa menelan dugaan berat yang dihadapi apabila didakwa pernah terlibat dalam satu kemalangan di Petaling Street, Kuala Lumpur kira-kira dua minggu lalu.







Menurut seorang sumber kepada portal Beautiful Nara, kereta BMW yang dipandu Tasha telah melanggar sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux.





Tidak dapat dipastikan apakah punca sebenar nahas kemalangan itu, namun kereta yang dipandu Tasha dikatakan terbalik.




Difahamkan, dalam insiden pukul tiga pagi itu, Tasha sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang cedera parah.




Bagaimanapun, Tasha masih belum lagi membuat sebarang kenyataan secara terbuka mengenai kes kemalangan ini.




Sementara itu, bintang drama Nasuha ini juga sempat menjadi tetamu menyambut kedatangan Jay Park di sebuah butik di KLCC beberapa hari lepas.
Dalam perkembangan lain, nama Tasha baru-baru ini menjadi perhatian media selepas dikatakan mabuk dan mengamuk dalam sebuah kelab malam di Kuala Lumpur pagi Jumaat lalu menyerang bekas teman lelakinya, Hans Wong.