Thursday, 15 October 2015

Jangan Nak Jeles,Truck Bernama MACK Impian Sultan Johor Jadi Kenyataan 9 Gambar

MELBOURNE, 15 Okt - Impian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskadar untuk memilik trak Mack paling mahal di dunia akhirnya tercapai apabila trak itu diserahkan kepada baginda di satu majlis penyerahan yang diadakan di Brisbane hari ini.

Trak tersebut dilaporkan mengambil masa setahun oleh pengeluar trak terbabit.

Antara keistimewaan trak itu adalah dilengkapi dengan 6 CCTV, dua set televisyen, ruang dapur, barbeku, katil serta kerusi yang dijahit dengan 72,000 jahitan benang emas.

Lebih menarik, bahagian depan trak tersebut dihias dengan lambang harimau yang sedang mengaum diperbuat daripada emas.




"Ini impian beta, adakah beta tersenyum?", kata baginda ketika mengulas tentang trak tersebut.

Harga sebenar trak itu dirahsiakan tetapi menurut rekod, trak itu semestinya lebih mahal dari trak sebelumnya yang berharga A$481,000 (RM1.5juta)

"Beta sentiasa menghargai kemahiran kebolehan jurutera Australia dan mengumpul beberapa kereta Holden sejak beberapa tahun sebelum ini", kata baginda.

"Beta berharap dapat mempamerkan hasil kerja ini kepada rakyat Johor sebaik sahaja ia dibawa ke Malaysia", kata baginda lagi.






Trak tersebut dijangka tiba di Malaysia hujung bulan ini dan pemanduan pertamanya akan dilakukan bagi tujuan amal.

Trak tersebut dapat menghasilan 685hp kuasa kuda dan mempunyai kelajuan maksimun 100km/h


Cedera Dilanggar Isteri Kerana Tolak Permintaan Tidur Bersama

CHUKAI – Dek kerana enggan melayan kehendak isterinya, seorang lelaki terlantar di hospital lebih sebulan akibat cedera teruk selepas dirempuh kereta yang dipandu isterinya di Pantai Telok Mok Nik, di sini.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa yang berusia 34 tahun dari Negeri Sembilan patah bahu kiri, paha kanan dan cedera pada tempurung lutut.

Menurut sumber, kejadian belaku sekitar Ogos lalu ketika lelaki berkenaan bertemu isterinya yang sedang menunggu di pantai tersebut.

Jelas sumber, semasa berada di dalam kereta, wanita berusia 26 tahun dari Dungun itu meminta suaminya mencari penginapan di sekitar bandar ini untuk bermalam bersama.

Malangnya, permintaannya ditolak dengan alasan sibuk selain sedang menunggu rakan untuk pulang ke Seremban.

Hal itu menimbulkan rasa tidak puas hati isteri tersebut sekali gus mencetuskan pertelingkahan mulut antara mereka.

Ketika bertengkar, lelaki terbabit bertindak keluar dari kereta dan menuju ke kenderaannya sebelum dilanggar.

Wanita terbabit dikatakan beredar dari kawasan berkenaan selepas melanggar suaminya.


Saya Tak Halang Anak Cebur Bidang Seni Tapi Bimbang - Amy Mastura





Melihat bakat-bakat anaknya, Amy Mastura tidak menghalang pembabitan mereka dalam bidang seni namun binbang.

“Saya dan suami memang tidak halang jika mereka mahu terbabit dalam seni. Tetapi sejujurnya saya takut juga. Saya sendiri berada dalam bidang ini dan saya sudah maklum dengan segala ranjau yang harus ditempuhi”

“Jujurnya, bidang seni bergantung pada nasib. Mereka juga perlu kuat dan seperti saya katakan, masing-masing kena hargai peluang,” jelasnya kepada BH Plus.

Kebimbangan tersebut dirasakan setelah 20 tahun berkecimpung dalam bidang ini dan merasai sendiri pengalaman cabaran sebagai seorang selebriti.


TAIKO AH-LONG GENG Ang Su Tong Diburu.





SHAH ALAM: Polis sedang memburu seorang ketua kumpulan gangster bagi membantu siasatan kes dua kontraktor diserang dan ditetak di kawasan Pandamaran, Pulau Indah, Pelabuhan Klang, awal bulan lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah, berkata suspek dikenali sebagai Lim Poh Seong atau Ah Bao, 39, beralamat di Pandamaran yang dipercayai ketua kumpulan 'Ang Su Tong'. Beliau berkata, dalam kejadian 4.30 petang, 4 September lalu, kedua-dua kontraktor yang juga adik beradik itu cedera parah akibat ditetak empat lelaki tidak dikenali menggunakan parang dan pedang samurai. "Mangsa berumur 55 tahun hampir putus pergelangan tangan kanan dan cedera di bahagian kaki serta badan sementara seorang lagi mangsa berumur 49 tahun cedera di bahagian tangan kanan. "Motif kejadian dipercayai berpunca daripada keengganan kedua-dua mangsa yang baru mendapat projek bagi kerja-kerja pelandskapan di sebuah kawasan di Pulau Indah membayar wang perlindungan kepada kumpulan ini," katanya dalam sidang media di sini, hari ini. Mohd Adnan berkata, sehingga kini pihaknya menahan 12 suspek termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mendatangkan kecederaan parah dengan senjata. Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek yang diburu supaya menghubungi pegawai penyiasat ASP Mohd Sukri Ayob di talian 012-5586363 atau menghubungi balai polis berhampiran. Dalam pada itu, Mohd Adnan berkata, pihaknya juga sedang memburu tiga suspek bagi membantu siasatan kes tembak seorang lelaki di Bandar Baharu Klang dekat sini pada 21 Ogos lalu. Beliau berkata, ketiga-tiga lelaki yang diburu itu ialah Lim Hock Seong, 28, dari Taman Meru Selatan, Klang; Oh Cheok Seng @ Ah Lu, 51, dari Jalan Batu Belah, Klang dan Loke Kok Chew, 53, dari Jalan Tiong Off Jalan Meru, Klang. "Dalam kejadian itu, mangsa berumur 45 tahun terkena dua das tembakan di paha kiri serta perut dan meninggal dunia selepas 17 hari menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Motif kejadian dipercayai balas dendam," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga lelaki ini supaya menghubungi pegawai penyiasat ASP Chua Hang Loun di talian 019-3193193 atau menghubungi balai polis berhampiran.



Dengar Ura-Ura Awei ni Dulu AHLI GIMNASTIK, Betul KE????


PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Wings Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman mendedahkan dia pernah menyertai sukan gimnastik ketika umurnya 14 tahun.

Awie berkata dia merupakan satu-satunya ahli gimnas terbaik di sekolahnya iaitu Sekolah Menengah Seri Ampang, Kuala Lumpur dan pernah mewakili sekolah untuk menjalani kursus Saintifik Gimnastik Kanada.

"Memandangkan sukan gimnastik kurang popular pada ketika itu, tidak banyak ilmu yang saya peroleh dan hanya melibatkan diri selama setahun sahaja.

"Tetapi saya tidak pernah berhenti daripada berlatih dan idola saya pada ketika itu ialah Nadia Comaneci," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Selasa.

Tambah Awie, minatnya yang mendalam dalam sukan tersebut membuatkan dia kerap membuat aksi gimnastik di atas pentas pada awal kemunculannya bersama kumpulan Wings.

Bagaimanapun, tegas Awie, walaupun sukan gimnastik dilihat feminin dan kurang sesuai bagi seorang penyanyi rock sepertinya, ia bukan sukan yang mudah sebaliknya memerlukan kekuatan otot sepenuhnya.

"Rasanya tidak salah jika lelaki seperti saya menyertai sukan ini kerana ramai sahaja lelaki yang aktif di bidang ini dan lihatlah bagaimana sasanya mereka.

"Bagaimanapun, sukan ini masih lagi menjadi kegemaran dan adakalanya saya akan mempraktikannya sekadar untuk meregangkan otot.

"Selain itu, sukan ini juga telah banyak mengajar saya mengenai cara penjagaan pemakanan yang sihat," ujarnya.

Sementara itu, Awie bakal memulakan penggambaran filem Amukan Frankenstein Tempatan pada 10 Mei ini, arahan Mamat Khalid.



Ramai Dah tahu Paul Walker Da Mati, Tapi Pasti Ramai yang Belum Tahu PUNCA SEBENAR!

Kemalangan yang mengorbankan nyawa pelakon filem Fast & Furios, Paul Walker pada hujung 2012 terus menjadi tanda tanya peminat pelakon itu dimana rata-ratanya masih ingin mengetahui punca nahas terbabit Pelbagai spekulasi timbul selepas kemalangan itu dan menurut laporan awal mengatakan kemungkinan punca kemalangan itu disebabkan masalah kereta dan laporan menyebut berlaku kerosakan mekanikal pada stereng Porsche Carrera GT yang dipandu rakannya, Roger Rodas







Paul Walker (kiri), Roger Rodas (kanan)




: punca paul walker mati kemalangan kereta porsche carrera gt Menurut portal berita TMZ, berdasarkan maklumat diperoleh daripada sumber yang ada kaitan dengan kedai yang menyimpan dan menyenggara kereta tersebut, Always Evolving kemungkinan berlaku kebocoran pada minyak stereng kuasa Malah sumber memberitahu TMZ, ada melihat kesan cecair sebelum kesan tayar di tempat kejadian


Dalam laporan lain pula mengatakan kelajuan merupakan faktor kemalangan tersebut berdasarkan kesan pelanggaran yang teruk


Bagaimana pun dakwaan kelajuan merupakan punca kemalangan itu dinafikan oleh beberapa pihak kerana, Roger Rodas adalah seorang pelumba kereta yang berpengalaman mustahil untuknya hilang kawalan disebabkan kelajuan dan dakwaan tersebut juga dikatakan tidak masuk akal



Dalam pada itu, pasukan penyiasat masih lagi menjalankan siasatan berhubung kemalangan terbabit bagi mengenalpasti punca sebenar nahas


Dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu, Paul Walker yang berusia 40 tahun itu duduk di bahagian penumpang bersama Roger Rodas yang memandu kereta Porshe Carrera GT dilaporkan gagal mengawal kenderaan tersebut sebelum melanggar sebatang pokok di sisi  jalan


Impak pelanggaran itu turut mengakibatkan kenderaan tersebut meletup dan terbakar Kematian Walker juga mengejutkan peminatnya, lebih-lebih lagi pada Khamis lalu, sebuah trailer lakonannya dalam Fast And The Furious 7 memaparkan babak mendiang di majlis pengkebumian Hahn (lakonan Sung Kang) yang terbunuh dalam kereta yang terbakar



Cara kretif Untuk Membersihkan Pakaian Yang Terkena Minyak Menggunakan Sabu,Bedak,Berus Gigi dan Sudu.

Dalam asyik kita mencari baju baru, baju lama tetap perlu dipelihara. Walaupun wardrobe sudah penuh, tetapi kita masih mencari pakaian baru untuk memenuhi keperluan penggunaan seharian yang menepati tema sesuatu majlis seperti majlis rasmi, atau pun untuk tujuan ke tempat kerja dan kegunaan seharian.








Pakaian lama jika dijaga dengan baik akan kelihatan seperti baru.  Jika pakaian yang disayangi terkena kotoran atau minyak umpamanya, pengendalian yang betul untuk mencuci kotoran adalah penting untuk menanggalkan kotoran. Ramai ibu muda bertanya bagaimana cara mencuci untuk pakaian yang terkena minyak. Baju dalam kategori terkena minyak ini termasuklah samada anda bekerja di bawah kereta yang menyebabkan baju terkena minyak atau gris.. minyak masakan tertumpah pada baju ketika memasak, ataupun ada juga kes di mana lip balm tertinggal di dalam poket seluar sehingga pakaian ada kesan minyak..semua kes ini adalah berbeza tetapi penyelesaiannya adalah sama. Norzi Beautilicious House akan berkongsi dengan para pembaca tentang beberapa cara untuk menghapuskan kesan minyak atau pun gris pada pakaian anda, perkongsian dari maklumat WikiHow. Terima kasih kepada WikiHow atas perkongsian ini.


Antara cara membersihkan adalah dengan menggunakan kertas tisu keras untuk menghilangkan semua kekotoran yang masih boleh tanggal. Kesat beberapa kali sehingga semua kotoran tertanggal



 Kesat atau sentalkan kekotaran gris atau minyak yang terlekat.





Seterusnya , letakkan atau taburkan bedak bayi di atas permukaan kotoran. Jika anda tiada bedak / talkum boleh juga menggunakan tepung ataupun garam.







Langkah seterusnya adalah dengan mengeluarkan semua baki bedak dengan menggunakan sudu . Hati-hati ketika mengendalikan ini kerana dikhuatiri boleh menyebarkan kekotoran pada bahagian lain.





Setelah itu , sapukan pencuci pakaian pada permukaan baju. Letakkan sabun betul- betul pada seluruh kawasan kotoran dan sedikit air. Sapukan dengan tangan sehingga buih terbentuk.







Setelah letakkan sedikit sabun dan air, beruskan dengan menggunakan berus gigi yang tidak dipakai lagi. Ini akan menggalakkan penghasilan buih. Selain itu, pakaian kotor boleh juga direndamkan seketika dengan air sabun bagi menghilangkan kotoran. Langkah ini akan memudahkan kotoran degil tanggal dari baju.






Baju selesai di cuci dan digantung untuk dikeringkan.