Showing posts with label ibubapa. Show all posts
Showing posts with label ibubapa. Show all posts
Wednesday, 14 October 2015
[Trending Now] BUAT ISTERI DILUAR SANA ..INI LAH WHATSAPP YANG PALING MENYAYAT HATI
Posted By:
adibhebat
on 02:26
[Trending Now] BUAT ISTERI DILUAR SANA ..INI LAH WHATSAPP YANG PALING MENYAYAT HATI
Rata-rata netizen yang membaca petikan Whatsapp ini marah dan ada juga yang sayu bagaimana seorang isteri diperlakukan sedemikian rupa.
Sepatutnya, sebagai seorang suami, si suami harus menitikberatkan soal tanggungjawab dan ingat kembali janji-janji dan lafaz yang beliau isytiharkan semasa akad nikah dan ingat kembali kenapa dia berkahwin dengan isterinya.
Semoga kita semua dijauhi dari kejadian sebegini.
FENOMENA BAPA TUNGGUL - ANTARA PUNCA KELUARGA PORAK PERANDA
Berbagai-bagai masalah keluarga diajukan kepada kami setiap hari. Ada yang melalui inbox, whatsap, telefon, bengkel parenting yang kami kendalikan, bahkan ramai juga yang datang sendiri. Dari banyak punca, kali ini kami ingin memetik kelemahan peranan LELAKI sebagai punca utama.
Semua insan di dunia ingin hidup sejahtera. Kita semua tahu bahawa Islam adalah agama sejahtera yang mensejahterakan. Malangnya kebanyakan kita tidak suka kepada peraturan dan formula kehidupan yang Islam tetapkan untuk mencapai maksud itu.
Dalam surah An-Nisa’ ayat 34, Islam menetapkan LELAKI sebagai pemimpin wanita dan keluarga. Antara ciri yang fitrah untuk ketetapan itu ialah kemampuan lelaki menyediakan NAFKAH, berilmu serta bijak berhemah untuk MENASIHATI & MENDIDIK isteri, dan bertegas pula dalam MENGHUKUM isteri yang nusyuz. Allah juga perintahkan suami berbuat baik terhadap isteri.
Hari ini fitrah lelaki qowwam dan berilmu itu telah luntur. Dari peringkat sekolah hingga ke Universiti dapat kita lihat wanita yang lebih ramai menguasai, baik dari segi kelayakan dan jumlah pengambilan, hinggalah ke tahap kecemerlangan dalam pelajaran.
Akibat keciciran itu jugalah ramai kaum lelaki yang berakhir di lokap, penjara dan pusat pemulihan dadah. Sebahagian lain mati sia-sia sewaktu melibatkan diri dalam kerja jenayah yang tidak bermoral seperti merempit, bergaduh dan sebagainya. Yang terselamat pula hanya mampu menjadi pekerja kilang atau anggota biasa di bidang penguatkuasaan seperti polis, tentera, imigresen, Majlis Perbandaran dan sebagainya.
Kerana kelemahan kaum lelaki itu maka kemampuan ekonomi mereka jadi lemah dan tidak stabil. Kerana tidak berilmu dan ketinggalan dalam pelajaran juga menyebabkan tahap keyakinan diri dan kepimpinan mereka menjadi lemah. Mereka tidak dapat mengatur keluarga, merancang kehidupan dan berhujjah secara ilmiah. Kekuatan batang tubuh dan nafsu amarah dijadikan senjata.
FENOMENA WANITA QOWWAM
Kekurangan kemampuan dan kerosakan akhlak kaum lelaki itu akhirnya terpaksa diisi oleh kaum wanita yang dari segi statistiknya lebih berjaya dalam bidang akademik, lebih berilmu dan bertanggungjawab.
Oleh kerana bilangan populasi kaum lelaki yang banyak masalah tadi menjadi kurang, maka suka mahupun terpaksa mereka yang sebenarnya tidak layak menjadi suami tetap diterima juga oleh wanita sebagai suami. Ramailah isteri yang TERPAKSA redha sahaja dengan fenomena suami yang lemah dan tidak berwibawa ini walaupun kebanyakkannya juga tidak mampu bertahan lama.
Di samping luahan dari kaum wanita yang mengadu amat tertekan, kami juga melihat sendiri berlakunya fenomena 'bapak bapok' dan isteri qowwam ini. Kelemahan ekonomi si bapa telah memaksa isteri keluar bekerja. Kesibukan isteri bekerja pula banyak menyebabkan anak-anak merana, diserahkan kepada bibik, penjaga atau pihak sekolah sahaja.
Kelemahan IQ dan penguasaan ilmu dunia mahupun akhirat kaum bapa juga menjadikan kaum ibu yang sudah sedia tertekan dan sibuk bekerja itu tidak terbimbing dengan sempurna. Akhirnya trijektori kerosakan semakin melebar. Anak pula akan jadi liar dan semakin rosak hari demi hari.
Apa yang kami lihat amat menyedihkan ialah, dengan berbagai masalah akhlak dan gejala masyarakat yang melanda seberat ini, MAJOROTI kaum bapa masih lagi alpa dan tidak sedar diri. Semua permasalahan berat itu diserahkan bulat-bulat kepada isteri.
Sehebat mana pun akal wanita, Allah menetapkan fitrahnya memerlukan khidmat nasihat dan bimbingan seorang lelaki. Begitu juga dengan fitrah lelaki. Sehebat dan sekeras mana pun dia, tetap memerlukan belaian dan khidmat mesra seorang isteri untuk mensetabilkan emosi dan jatidiri.
Apabila fitrah itu diubah, maka sering berlaku perceraian. Jika tidak bercerai sekalipun, wanita akan DIPAKSA untuk melakukan tugas berat dan membuat keputusan yang tidak fitrah untuk dilakukan oleh mereka. Anak lari rumah, ditangkap polis, anak digonggong jantan, berzina, hamil luar nikah, merempit, ketagihan dadah, melakukan jenayah dan berbagai lagi masalah semuanya terpaksa mereka urus sendiri.
Masalah sebahagian para isteri yang bekerja malah lebih berat lagi. Sudahlah segala perbelanjaan rumah, bil-bil, ansuran kenderaan dan sewa rumah semua terpaksa di tanggung sendiri, sang suami pula asyik meminta wang dari isteri.
MAJORITI keluhan isteri begini juga mengadu turut menjadi mangsa habit BERHUTANG oleh sang suami yang biasanya kaki joli, kaki perempuan, kuat berangan dan pemalas. Isteri bukan sahaja dijadikan penjamin, malah akhirnya dipaksa membayar hutang suami. Yang tidak layak malah terus menggunakan nama isteri untuk meminjam. Apabila hajat tidak dipenuhi, isteri pula yang kenyang dicaci dan dimaki.
Ironinya, terlalu ramai isteri yang mengadu suami begini jugalah yang akhirnya dikesan BERPOLIGAMI atau berselingkuh tanpa pengetahuan mereka. Selama ini sebahagian mereka redha sahaja bersuamikan lelaki yang kurang berwibawa dan terpaksa MENYARA suami kerana itu satu-satunya pilihan yang ada.
Apabila mengetahui pengorbanan mereka di’khianati’, maka kebanyakan isteri akan segera menuntut cerai. Bertambahlah pula populasi IBU TUNGGAL kesan dari fenomena BAPA TUNGGUL ini.
Kesan langsung dari keruntuhan rumahtangga itu ialah ketidak setabilan emosi sang ibu yang kemudiannya turun pula ke anak-anak. Begitulah mata rantai keruntuhan keluarga seterusnya.
KESIMPULAN
Ramai sekali yang bersetuju dengan penulisan RPWP berkaitan kerjaya surirumah sepenuh masa. Ramai wanita yang mengakui memang itulah kerjaya paling mulia dan paling bermakna bagi mereka. Masing-masing ingin sekali menjadi suri rumah yang berjaya dan bahagia bersama suami dan anak-anak mereka.
Fenomena BAPAK BAPOK atau BAPA TUNGGUL yang menjadikan bertambahnya populasi IBU TUNGGAL atau IBU TINGGAL ini akhirnya mengubah persepsi. Pengalaman ibu yang telah tertekan mula menjangka nasib yang sama bakal menimpa anak gadisnya. Maka anak gadis dinasihatkan agar membina kerjaya dan ada pendapatan sendiri. Akibatnya, sebelum anak berkahwin lagi cadangan untuk bercerai sudah dirangka.
Hari ini ramai para isteri yang masih ada sisa kesabaran hanya pasrah. Kalau tidak membantu menjadikan suaminya jadi lebih baik, mereka hanya mohon Allah menjadikan mereka lebih sabar, redha dan bersyukur kerana masih ada suami. Tidak kurang yang terpaksa menganggap sahaja suami mereka sebagai JANTAN SEWAAN untuk menghalalkan tuntutan biologi dan naluri kewanitaan mereka bila perlu.
Kami simpati pada nasib TERLALU RAMAI isteri seperti ini. Kami amat memahami dilema, konflik dan kesukaran zahir batin yang mereka alami kerana sebahagian kami juga melalui pengalaman yang sama sebelum diperbetulkan semula peranan masing-masing di RPWP.
Kami mungkin tidak dapat menjawab semua mesej dan soalan-soalan yang diajukan. Kami juga tidak mampu menempatkan semua yang bermasalah untuk dipulihkan di sini kerana kekurangan tempat dan prasarana. InsyaAllah kami cuba jawab secara umum melalui artikel dan ‘Parenting Workshop/Seminar’ bilamana kami ada masa.
Antara cabaran paling berat buat kita para ibubapa hari ini ialah mempastikan anak-anak lelaki kita benar-benar terbina akhlak dan sahsiahnya. Mereka perlu dipersiapkan agar tidak mewarisi fenomena lelaki tunggul ini.
Sementara itu, kami seru para LELAKI di luar sana agar fahamilah tekanan yang sedang dihadapi oleh para isteri dan anak-anak kita. Carilah jalan untuk ISLAH.
Tuesday, 13 October 2015
GEMPAR GADIS TUDUNG JADI MANGSA NITIZEN LAGI !
Posted By:
adibhebat
on 17:38
GEMPAR GADIS TUDUNG JADI MANGSA NITIZEN LAGI !
Tebaru, seorang gadis dikritik nitizen kerana tindakan luar sedar beliau menggunakan troli untuk barangan yang tidak halal. Namun demikian wanita ini mendapat sokongan dan pembelaan daripada orang ramai yang mempersoalkan pihak yang mengambil gambar wanita ini tidak memberi nasihat dan teguran atas ketidaksedaran wanita ini. Kita sepatutnya menjadi warganegara yang bertanggungjawab bukan hendak glamour sahaja.
Jika anda terjumpa situasi seperti ini. Apakah tindakan yang anda akan lakukan? Jangan lupa tanggungjawab kita sebagai muslim, saling mengingati tentang kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Diri sendiri juga kenalah peka dan berhati-hati menggunakan atau memilih barang keperluan. Pastikan halal dan disahkan oleh pihak JAKIM.
30 Tips Pengguna Bijak
Jangan mudah terpengaruh dengan IKLAN dengan maklumat yang keliru serta yang selalu mengeksploitasi kaum wanita yang dijadikan sebagai model.
Elakan penggunaan kad kedit kerana anda akan cenderung untuk berbelanja lebih dan bersikap boros, bawalah wang tunai yang secukupnya ketika membeli.
Beli barangan secara pukal lebih murah berbanding membeli barangan dalam kuantiti yang sedikit.
Buatlah belanjawan sebelum membeli belah.
Bandingkan yang mana satu keperluan ataupun kehendak, keperluan harus didahulukan berbanding kehendak.
Berjimat cermat amalan mulia, bertabunglah walaupun sesen kerana sikit-sikit lama-lama jadi bukit!
Semasa membeli-belah di pasaraya, pilihlah raga/bakul berbanding troli untuk mengisi barang, kerana hal ini akan membantu anda untuk bersederhana ketika membeli-belah!
Lihatlah katalog barangan sebelum membeli belah, belilah barangan yang ada promosi, ini akan membantu anda untuk berjimat!
Gores dan menang, jangan terpedaya. Pengguna yang bijak perlu bertindak secara rasional.
Masak di rumah lebih jimat berbanding makan di luar.
Gunakan beg kitar semula semasa membeli belah, penggunaan beg plastik akan mencemarkan alam sekitar!
Pastikan logo halal pada barangan adalah yang dikeluarkan oleh JAKIM. Jangan mudah tertipu dengan logo halal palsu.
Belilah barangan keluaran Industri Kecil-kecilan ataupun Industri Desa. Sokong barangan buatan Malaysia.
Semak resit pembelian dan jumlah barangan yang dibeli selepas selesai membuat bayaran.
Belilah makanan yang mengandungi nutrisi yang tinggi, elakan membeli makanan ringan.
Pilih buah-buahan tempatan, terdapat pelbagai pilihan, yang bermusim dan juga tidak.
Sentiasa buat bandingan harga barangan dengan kualiti serta kuantitinya, buat pilihan yang bijak, kadang kala yang tinggu kuantitinya tak semestinya tinngi kualitinya.
Belilah barangan elektrik dengan kelulusan SIRIM.
Jangan mudah terpedaya dengan barangan beserta promosi hadiah, kadang-kala, harga barangan tanpa hadiah lebih murah dan berbaloi-baloi!
Untuk pengguna telekomunikasi, pilihlah pembekal plan yang berpatutan dan bersesuaian dengan tahap penggunaan anda. Buatlah pilihan bijak!
Periksa keadan barang sebelum membelinya, lihat keadaan fizikalnya dalam keadaan baik atau tidak, periksa kuantitinya supaya cukup seperti maklumat dalam label.
Gunalah kenderaan awam untuk ke kampus atau ke tempat kerja, lebih menjimatkan kos, mengurangkan kesesakan jalan raya serta mesra alam.
Berkongsi kereta ‘car pooling’ ke kampus atau ke tempat kerja lebih menjimatkan kos, mengurangkan kesesakan jalan raya serta mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Dapatkan maklumat berkenaan isu-isu kepenggunaan di laman sesawang ataupun melalui bulletin ataupun risalah kepenggunaan.
Jika membeli-belas di atas talian ’online’ pastikan kesahihan pembekal dan berhati-hati apabila melakukan transaksi wang.
Jika melakukan transaksi wang atas talian ‘online’ pastikan kata laluan anda dilindungi serta jejak anda ‘cache’ dipadam untuk mengelak system digodam.
Jangan gunakan pautan ‘link’ untuk ke laman web bank untuk urusan ‘online banking’.
Sebaik-baiknya pergi terus ke laman utama bank pilihan anda.
Pastikan lebel harga tertera pada barangan, jika tiada laporkan pada pihak berkuasa, anda berhak untuk mendapat maklumat yang sewajarnya!
Jualan murah! Jangan mudah tertipu, bandingkan harga sebelum dan selepas dahulu sebelum membeli.
Dapatkan bantuan jurujual jika perlukan maklumat tambahan mengenai barangan yang hendak dibeli. Ingat, anda punyai hak untuk membuat pilihan, jangan biarkan penjual memaksa atau membuat pilihan untuk anda.
Monday, 12 October 2015
Dasar Kurang Ajar! Anak Suruh Ibu Melutut Minta Maaf Hanya Kerana iPhone
Posted By:
Anonymous
on 10:33
Wanita ini merupakan orang kurang upaya, tetapi baginya tiada apa yang mustahil asalkan anaknya ada bersamanya.
Dia akan bagi apa sahaja yang anaknya inginkan selagi mampu. Tanpa ibu bapa, kita bukanlah sesiapa dan kita tak akan ada pun di dunia ini. Mereka yang melahirkan kita dan membesarkan kita menjadi siapa kita pada hari ini.
Walaupun kita sudah berkahwin mereka masih sedia membantu dan melindungi kita. Apa yang mereka mahukan sebagai ganjaran? Tak ada apa selain disayangi dan dihormati.
Walau pun ibu bapa menyayangi kita lebih dari apa pun di dunia ini, mereka tidak mampu beri kita segalanya. Wanita ini tidak mampu untuk membelikan anaknya iPhone dan apa yang anaknya lakukan adalah membiarkan ibunya melutut meminta maaf.
Anaknya yang baru berusia 15 tahun ini nampaknya tidak sedikit pun berasa bersalah apabila diperhatikan oleh orang ramai malah terus memarahi dan menengking ibunya. Wanita ini menangis namun anaknya tidak berganjak sedikit pun.
Gadis ini sepatutnya membantu ibunya bangun tetapi dibiarkan ibunya dalam keadaan yang memalukan. Hanya kerana iPhone sanggup memperlakukan ibunya begitu.
Subscribe to:
Posts (Atom)




