Showing posts with label ekonomi. Show all posts
Showing posts with label ekonomi. Show all posts
Friday, 16 October 2015
[Terkini] Skim MyHome (Subsidi Pembelian Rumah Pertama)
Posted By:
Anonymous
on 20:20
Skim MyHome ialah program pembelian rumah pertama bersubsidi yang membolehkan individu yang layak, membeli rumah terpilih dengan harga kos rendah walaupun pemaju menjualnya dengan harga yang lebih mahal. Dengan kata lain kerajaan akan memberi subsidi untuk membayar perbezaan antara harga jualan dan harga rumah kos rendah.
(Skim MyHome diperuntukkan untuk golongan berpendapatan rendah sahaja. Bagi yang berpendapatan sederhana anda boleh mendaftar untuk memohon kediaman PR1MA).
Deskripsi Skim MyHome
Berikut adalah beberapa maklumat mengenai Skim MyHome yang ada setakat ini:
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM300 juta untuk skim ini.
Ditawarkan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Terhad kepada 10,000 unit rumah, siapa cepat di dapat.
Penetapan/definisi harga rumah kos rendah dibuat kerajaan negeri.
Bantuan maksima RM30,000.
Permohonan dibuka (untuk pembeli dan juga pemaju) bermula 1 April 2014.
Subsidi dibayar oleh kerajaan terus kepada akaun HDA (Housing Development Account) pemaju.
Rumah yang dibeli melalui skim ini tidak boleh dijual dalam masa10 tahun.
borang-permohonan -skim MyHome
Contoh pengiraan
Berikut adalah contoh pengiraan jumlah subsidi MyHome oleh kerajaan:
Sekiranya harga rumah kos rendah yang ditetapkan kerajaan negeri ialah RM40,000, dan harga jualan rumah yang ditawarkan oleh pemaju yang layak ialah RM100,000.
Maka amaun yang perlu dibayar oleh pembeli yang layak ialah RM70,000 (RM100,000- RM30,000).
RM30,000 akan ditanggung oleh kerajaan.
Syarat kelayakan
Untuk memohon skim MyHome, individu hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
Warganegara Malaysia
Berumur 18 tahun ke atas
Pendapatan bulanan isi rumah:
MyHome1: RM3,000 - RM4,000 (harga pasaran/jualan RM80,000 - 120,000, keluasan minimum 800 kps)
MyHome2: RM4,001 - RM6,000 (harga pasaran/jualan RM120,001 - 200,000, keluasan minimum 850 kps)
Pembelian rumah pertama (belum pernah membeli rumah).
Sila rujuk Kriteria Asas Skim MyHome untuk maklumat lanjut syarat kelayakan.
Cara memohon dan borang Skim MyHome
Orang ramai boleh memohon untuk mendapatkan bantuan Skim MyHome bermula 1 April 2014. Permohonan boleh dibuat secara manual atau secara atas talian:
Permohonan secara online boleh dibuat di laman web KPKT di http://myhome.kpkt.gov.my/myhome/index.php/home.
Untuk permohonan secara manual, borang boleh didapati secara percuma dari Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri atau boleh dimuaturun di http://ehome.kpkt.gov.my.
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada JPN dialamat berikut:
Ketua Pengarah, Jabatan Perumahan Negara (Unit MyHome),
Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Aras 34, No. 51 Persiaran Perdana Presint 4,
62100 PUTRAJAYA.
Untuk maklumat lanjut mengenai Skim MyHome, sila telefon Pusat Panggilan MyHome di 03-8891 4313, 03-8891 4317 atau 03-8891 4322.
Monday, 12 October 2015
GST : SILAP CAJ!!! 7-Eleven Dan KK Super Mart Mohon Maaf!!
Posted By:
Anonymous
on 12:10
Rangkaian kedai runcit 24 jam paling terkenal di Malaysia 7-Eleven meminta maaf kerana tersilap mengenakan bayaran cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk jualan akhbar, macam yang terjadi dengan isu topup. Menulis di Facebook, 7-Eleven menjelaskan bahawa perkara itu berlaku akibat kesilapan sistem mesin jualan.“Sejurus sahaja kesilapan sistem itu diketahui kami terus ambil tindakan dengan menarik balik produk ini daripada jualan supaya tidak menyusahkan pelanggan.
“Bagaimanapun kami faham bahawa insiden itu menyebabkan kekecewaan kepada pelanggan kami dan oleh itu kami dengan ikhlas memohon maaf,” kata 7-Eleven.
Rangkaian kedai runcit itu berkata masalah sistem sudah berjaya ditangani dan harga baru akan dilaksanakan secepat mungkin.
7-Eleven juga berkata mereka tidak akan menjual barang-barang lain terjejas sehingga masalah sistem ditangani sepenuhnya.
Beberapa pengadu memuat naik gambar di media sosial hari ini, mendakwa mereka dikenakan GST untuk pembelian akhbar.Loo Chi Meng mengadu di Facebook 7-Eleven agar kedai tersebut segera memperbetulkan kesilapan.Pengguna Internet Jay Thoo pula memuat naik gambar resitnya ke Facebook 7-Eleven dengan tulisan aduan: “Dahsyat, suratkhabar sepatutnya tidak dikenakan GST. Kenapa 7-Eleven kutip?”
Soh Mei Yen pula mengadu di Facebook KK Mart : “Ayah saya membeli suratkhabar daripada kedai kamu juga dikenakan 6 peratus, kenapa? Saya ada hak untuk lapor tentang kedai kamu.”
7-Eleven kemudian meminta maaf kerana tersilap mengenakan GST untuk jualan akhbar dan menjelaskan bahawa perkara itu berlaku akibat kesilapan sistem mesin jualan.
KK Super Mart pula menyeru pengguna yang tersilap dikenakan GST agar kembali menuntut balik bayaran itu.
“Kepada pengguna, jika kedai kami mengenakan GST pada barang yang tidak sepatutnya, sila kembalikan resit ke kedai tersebut.
“Wang GST yang telah dikenakan akan dikembalikan,” tulis KK Mart di Facebooknya.
Selain 7-Eleven, KK Super Mart juga berdepan dakwaan sama.
Menulis di Facebook, KK Super Mart menyeru pengguna yang tersilap dikenakan GST agar kembali menuntut balik bayaran itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)

