Showing posts with label Jenayah. Show all posts
Showing posts with label Jenayah. Show all posts

Thursday, 15 October 2015

DISYAKi SUAMI ISTERI ditahan bersama 173 gram (g) syabu dan 600 pil kuda bernilai RM65,000



Kuantan: Suami isteri ditahan bersama 173 gram (g) syabu dan 600 pil kuda bernilai RM65,000 di dua lokasi di bandar ini pada Selasa lalu.
Dalam kejadian 1.40 petang itu, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang menahan lelaki berusia 26 tahun ketika menunggang motosikal di tepi Jalan Kemunting, di sini.
Ketua JSJN Pahang, Superintendan Amran Ramli berkata, hasil pemeriksaan terhadap suspek menemui 600 pil kuda dan 52.75g syabu yang disimpan di dalam beg silang diletakkan dalam bakul motosikal.
"Susulan penahanan itu polis kemudiannya menyerbu rumah suspek di Kampung Pandan Jaya dan menahan isteri suspek berusia 29 tahun sebelum merampas 121g syabu.
"Pemeriksaan lanjut di rumah itu turut menemui wang tunai berjumlah RM1,000, barang kemas, empat kereta dan tiga motosikal yang keseluruhan bernilai RM314,176," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.
Katanya, suspek kini direman selama seminggu mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


Monday, 12 October 2015

WAJAH SAAT2 AKHIR FOTO KE4 DAN 8 BENJY KELIHATAN SAYU SEBELUM JALANI HUKUMAN KE TALI GANTUNG



WAJAH SAAT2 AKHIR FOTO KE4 DAN 8 BENJY KELIHATAN SAYU SEBELUM JALANI HUKUMAN KE TALI GANTUNG



Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy yang ditahan polis di Pagoh dekat sini kelmarin disiasat kerana dipercayai terbabit dengan rangkaian sindiket dadah yang mahu memindahkan makmal syabu mereka di Kuala Lumpur ke daerah ini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, ini berdasarkan penemuan pelbagai peralatan dan bahan kimia di dalam kenderaan pelakon itu yang biasanya digunakan sindiket terbabit untuk memproses syabu.

Azman turut memberitahu, Benjy, 37, yang ditahan bagi membantu siasatan kes berkaitan dadah berdepan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan kerana kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kita percaya mereka baru sahaja berpindah dari sebuah kawasan di MidValley, Kuala Lumpur ke daerah ini.

Jika dilihat kelengkapannya, pusat pemprosesan baharu untuk syabu ini mampu memproses dadah sehingga 5 kilogram (kg) pada satu masa

Kita juga menemui dadah jenis syabu seberat lebih 1.3kg. Bagaimanapun, kita masih lagi menjalankan siasatan lanjut, katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di sini semalam.

Anak lelaki tunggal kepada pelakon terkenal, Allahyarham Azean Irdawaty itu ditahan semasa menaiki sebuah kereta Honda Jazz dalam satu sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak di Pagoh pukul 1.40 pagi kelmarin