Showing posts with label History. Show all posts
Showing posts with label History. Show all posts

Thursday, 15 October 2015

Realiti Yang Jarang Didengar, 9 Manusia Yang Dibesarkan Oleh Binatang

Manusia dibesarkan oleh binatang? Yang kita tahu cuma dalam cerita Tarzan ataupun Mowgli (The Jungle Book). Kalau di fikirkan dengan akal fikiran memang logik, manusia boleh di asuh oleh binatang.

1. Ukraine Dog Girl (Oxana Malaya)




Seorang gadis ditinggalkan di sebuah kandang anjing oleh orang tuanya yang tidak bertanggungjawab dari usia 3 sampai 8 tahun, Oxana Malaya tumbuh tanpa orang tua selain daripada anjing yang ada di kandang tersebut. Ketika ia ditemukan pada tahun 1991, ia tidak bisa berbicara, hanya boleh menggonggong, dan berlari sambil merangkak. Sekarang usianya sudah menginjak 20-an, Malaya telah diajarkan untuk berbicara, tetapi masih mengalami gangguan kognitif. Ketika ini Malaya bekerja merawat lembu di sebuah ladang peternakan dekat hospital sakit jiwa.

2. Rochom P'ngieng, Cambodia Jungle Girl



Pada waktu menggembala kerbau di sepanjang tepi hutan di Kamboja pada usia 8 tahun, Rochom P'ngieng menghilang secara misterius. Lapan belas tahun kemudian, pada tahun 2007, seorang warga melihat sebuah wanita telanjang menyelinap di sekitar halamannya mencuba untuk mencuri beras. Wanita itu diidentifikasi Rochom P'ngieng yang telah lama hilang. Dia dikenali karena kesan luka di punggungnya. Gadis itu telah membesar menjadi seorang wanita 30 tahun, entah bagaimana dia bertahan hidup sendirian di hutan tebal. Gadis itu tidak dapat mempelajari bahasa lokal atau untuk beradaptasi dengan budaya lokal, pada akhirnya ia melarikan diri dan belum ditemukan.

3. John Ssebunya, Ugandan Monkey Boy



Setelah melihat ibunya dibunuh oleh ayahnya, John Ssebunya yang berumur 4 tahun menjadi trauma dan lari ke hutan. Dia dilaporkan dibesarkan oleh pasukan monyet vervet sampai pada saat dia ditemukan tahun 1991. Seperti sering terjadi ketika anak-anak liar ditemukan, ia menolak untuk ditolong oleh penduduk desa, dan ia mendapat bantuan dari keluarga angkatnya monyet yang melempari penduduk desa dengan ranting-ranting pohon. John telah diajarkan bagaimana berbicara, dan sekarang bisa menyanyi juga. Bahkan, ia bergabung dengan paduan suara anak-anak Mutiara Afrika.

4. Victor of Aveyron



Mungkin anak liar paling terkenal, cerita Victor juga pernah di filemkan didalam filem L'Enfant Sauvage. Meskipun asal-usulnya adalah misteri, namun banyak orang yang percaya Victor menghabiskan masa kanak-kanaknya telanjang dan sendirian di hutan sebelum diketahui masyarakat pada tahun 1797. Setelah beberapa kali menampakkan diri, ia akhirnya muncul sendiri di dekat Saint-Sernin-sur-Rance, Perancis, pada tahun 1800. Victor menjadi subjek untuk banyak filsuf dan ilmuwan yang ingin tahu tentang asal-usul bahasa dan perilaku manusia, meskipun dalam perkembangannya kemajuan daripada kecerdasan anak ini sangatlah sedikit.

5. Madina



Kisah tragis Madina adalah seperti Oxana Malaya. Ditinggalkan sampai pada hari dia ditemukan pada usia 3. Dia hidup dan diasuh oleh anjing. Saat ditemukan, ia hanya dapat mengucapkan dua kata, ya dan tidak, meskipun ia lebih suka menggeram seperti anjing. Untungnya, Madina dinyatakan sehat secara mental dan fizikal setelah penemuannya. Meskipun perkembangannya terlambat, teapi dia masih muda, seorang pengasuh percaya bahawa Madina akan kembali normal ketika usianya meningkat dewasa.

6. Lobo Wolf Girl of Devil's River




Pada tahun 1845, seorang gadis misteri dilihat berjalan merangkak di sarang serigala yang menyerang kawanan kambing dekat San Felipe, Mexico. Cerita ini dikuatkan setahun kemudian ketika gadis itu dilihat sekali lagi, kali ini dia dilihat sedang melahap seekor kambing yang baru dibunuh. Penduduk setempat khuatir dan mencari gadis itu keesokan harinya dan akhirnya berhasil menangkap dia. Dia melolong tak henti-hentinya sepanjang malam, membuat sekelompok serigala berdatangan ke desa untuk menyelamatkan gadis itu. Pada akhirnya ia dapat menyelinap keluar dari kandang dan melarikan diri.

Gadis itu tidak dilihat lagi sehingga 1852, terakhir kali ia terlihat ia sedang menyusui dua anak serigala di tepi sungai. Merasa terganggu, dia mengumpulkan dua anaknya dan lari kembali ke hutan dan tidak pernah terlihat lagi selepas itu.

7. Russian Bird Boy



Terkurung di sebuah ruangan yang dikelilingi oleh kandang burung, seorang anak Rusia dibesarkan seperti burung peliharaan oleh orang tuanya yang kasar. Ketika ia ditemukan, ia tidak bisa berbicara dan hanya dapat bercericip seperti burung. Ia tidak dapat berkomunikasi seperti manusia normal. Dia telah dipindahkan ke pusat perawatan psikologis di mana para profesional bekerja untuk merehabilitasi dirinya.

8. Amala and Kamala





Dua orang anak perempuan yang berumur 8 tahun dan 18 bulan, ditemukan di sarang serigala pada tahun 1920 di Midnapore, India. Kisah ini menuai banyak kontroversi kerana umur mereka berdua berbeza jauh dan para ahli tidak menganggap bahwa mereka bersaudara.Yang lebih mungkin bahwa mereka berdua diambil oleh serigala pada waktu yang berbeda. Seperti banyak anak-anak liar lain, mereka dilaporkan sangat ingin kembali ke alam liar dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan cara hidup manusia.

9. Peter the Wild Boy



Seorang anak laki-laki, telanjang dan berbulu merangkak berjalan muncul dari hutan dekat Hameln, Jerman pada tahun 1724. Akhirnya ia dibujuk dan ditangkap. Ia berperilaku seperti binatang liar dan memilih untuk makan burung dan sayuran mentah bahkan ia tidak mampu berbicara. Setelah pindah ke Inggris, ia diberi nama Petru si Anak Liar. Meskipun ia tidak pernah belajar bicara, ia sangat mencintai musik, melakukan pekerjaan kasar, dan hidup sampai usia lanjut.


Wednesday, 14 October 2015

5 kes jenayah berprofil tinggi yang pernah menggemparkan negara sejak 1982.

Berikut adalah lima kes jenayah berprofil tinggi yang pernah menggemparkan negara sejak 1982. 


KES 1
PEMBUNUHAN DATUK MAZLAN IDRIS



Baju biru(tengah), Allahyarhamhu Datuk Mazlan Idris

KES pembunuhan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris hampir 21 tahun lalu disifatkan jenayah paling ngeri dalam sejarah negara dan memeranjatkan ramai pihak.

Penemuan mayat Mazlan yang dikerat kepada 18 bahagian dan ditanam di dalam sebuah lubang sebelum disimen membawa kepada penahanan pasangan bomoh, Maznah Ismail atau Mona Fandey dan suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman serta pembantu mereka, Juraimi Husin.

Mazlan dibunuh pada 2 Julai 1993 di bilik air sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub, Pahang selepas mengadakan pertemuan dengan pasangan bomoh itu.

Hajat membunuh ahli politik itu dirancang awal berdasarkan persiapan rapi dengan mengorek lubang di dalam sebuah stor bagi mengebumikan jasad Mazlan seminggu sebelum hari kejadian.

Juraimi yang dinamakan sebagai tertuduh pertama mengaku menetak leher Mazlan dengan kapak sebanyak tiga kali sehingga putus selepas mendapat isyarat tangan daripada Affandi.

Dia kemudian memotong sendi dan melapah kulit serta daging Mazlan setelah mendapat arahan lanjut daripada Affandi.

Tulang dan daging yang dikerat kepada 18 bahagian itu diletakkan di dalam besen sebelum dicurahkan ke dalam lubang stor rumah sedalam 1.8 meter dan ia dilakukan dalam masa tiga jam setengah.

Difahamkan, Mazlan ke rumah yang didiami pasangan bomoh itu untuk melakukan proses mandi bunga kira-kira jam 10 malam.

Ketika perbicaraan, berlaku beberapa percanggahan pernyataan daripada ketiga-tiga suspek, yang mana Juraimi memberitahu bahawa Affandi dan Mona membuat rancangan membunuh Mazlan sebulan sebelum kejadian dan dia diminta memberi kerjasama.

Affandi dan Mona pula mengatakan, pada malam kejadian ketika mereka menjalankan upacara mandi bunga ke atas Mazlan, Juraimi dengan tiba-tiba seperti orang hilang pedoman menetak leher Mazlan.

Namun pihak pendakwa raya berjaya membuktikan kejadian itu berlaku hasil perancangan ketiga-tiga tertuduh.

Perbicaraan itu mendapat perhatian segenap masyarakat yang mengikuti perjalanan perbicaraan itu sehingga hukuman dijatuhkan.

Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995 memutuskan ketiga-tiganya bersalah membunuh dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati dan rayuan mereka untuk mengurangkan hukuman juga ditolak.

Pada 2 November 2001, mereka menjalani hukuman itu di Penjara Kajang dan jenazah Mona dan Mohd Affandi dikebumikan bersebelahan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang pada jam 11.05 dan 11.30 pagi, manakala jenazah Juraimi dimandi dan dikebumikan di kampungnya iaitu di Teluk Gong, Klang, pada 11.15 pagi hari sama.

KES 2
PEMBUNUHAN DATUK DATUK S KRISHNASAMY



Mendiang Datuk S. Krishnasamy dan lokasi beliau ditembak mati

BELIAU ditembak di dalam lif sebelum menghadiri mesyuarat perhubungan MIC di tingkat dua bangunan MIC Johor di Jalan Segget, Johor Bahru.

Satu das tembakan yang dilepaskan di belakang leher oleh individu tidak dikenali menyebabkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenggaroh, Datuk S Krishnasamy, 62, mati serta-merta di tempat kejadian.

Kejadian yang berlaku kira-kira 2 petang pada 11 Januari 2008 itu disedari oleh kerani di Ibu Pejabat MIC negeri, V Kamala dan Ketua Puteri MIC negeri, Vitayah Mohan, sebaik pintu lif terbuka di tingkat lima bangunan berkenaan.

Siasatan awal mendapati Krishnasamy keluar dari keretanya di depan bangunan itu dan ditembak ketika dalam perjalanan naik ke tingkat dua menggunakan lif.

Beberapa minggu sebelum kejadian, mangsa pernah mengadu menerima ugutan bunuh melalui panggilan telefon tetapi tidak menganggapnya sebagai serius.

Namun keluarganya tidak menyangka ugutan itu benar-benar terjadi dan lebih menghairankan, kejadian berlaku di dalam bangunan yang menempatkan pejabatnya.

Polis menubuhkan satu pasukan khas membabitkan pegawai kanan bagi menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan hingga membawa kepada penahanan seorang suspek yang dilihat tergesa-gesa meninggalkan premis itu sejurus kejadian.

Kejadian itu menyebabkan majlis perkahwinan anak lelaki mendiang, S Raj Kumar, 32, terpaksa ditangguh.

Menurut anak saudaranya, pada kali terakhir dia bertemu mendiang beberapa minggu sebelum kejadian, mangsa lebih banyak mendiamkan diri dan kurang bercakap berbanding biasa.

Mendiang sememangnya seorang yang kuat bekerja dan sentiasa memastikan rakyat di kawasannya tidak tercicir dengan pembangunan.

Bagaimanapun, sehingga kini, pembunuh mangsa masih bebas walaupun pihak berkuasa menjalankan pelbagai operasi bagi memburu mangsa.

Malah anggota forensik juga membuat siasatan di tempat kejadian dengan teliti sejurus kejadian berlaku dan hasilnya 13 orang ditahan secara berperingkat bagi membantu siasatan.

Namun, semua suspek berkenaan dibebaskan berikutan tiada bukti kukuh untuk mengaitkan mereka dengan kes terbabit.

KES 3
PEMBUNUHAN DATUK MOHAMED TAHA TALIB


Allahyarhamhu Datuk Mohamed Taha Talib

CUKUP menggemparkan apabila bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim,dituduh membunuh bekas Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohamed Taha Talib 28 tahun lalu.

Beliau ditangkap polis dekat rumahnya di Jalan 16/5 Petaling Jaya dalam bulan puasa, kira-kira jam 1.30 pagi 10 Julai 1982 atas tuduhan berkenaan.

Pada 5 Mac 1983, Mahkamah Tinggi mendapati Mokhtar bersalah dan menjatuhkan hukuman mati ke atasnya.

Rayuan Mokhtar ke Mahkamah Persekutuan pada 23 Julai 1983 ditolak. Pada 3 Mac 1984, Yang di-Pertuan Agong meringankan hukuman ke atasnya kepada penjara seumur hidup selepas bekas perdana menteri, Tuanku Abdul Rahman menulis surat peribadi dengan disertai sokongan petisyen orang ramai.

Kes itu mencatatkan sejarah sebagai perbicaraan kedua paling lama di Malaysia iaitu 75 hari, selepas kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika dalam tahanan, Mokhtar diberi tugas sebagai pendaftar di klinik Penjara Pudu.

Beliau yang menjalani hukuman penjara seumur hidup di Penjara Pudu, bagaimanapun, dibebaskan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Azlan Shah pada 15 April 1991.

Mokhtar yang sepatutnya menamatkan tempoh hukuman itu pada 1995, dibebaskan jam 10.15 pagi itu.

KES 4
PEMBUNUHAN HASLEZA ISHAK


Allahyarhamha Hasleza Ishak
KES pada 2002 ini menggemparkan negara dan menarik minat ramai kerana ia turut dikaitkan dengan kerabat diraja.

Hakim Datuk Mohd Noor Abdullah ketika merumuskan kes itu berkata, satu perkara yang menyerlah, tindakan keempat-empat tertuduh membuang Hasleza (Ishak) dari jambatan setinggi bangunan lima tingkat nyata perbuatan kejam, tidak kira sama ada ketika itu mangsa masih hidup atau sudah mati.

Beliau berkata, rumusan itu satu daripada alasannya untuk menjatuhkan hukuman penjara maksimum 20 tahun bermula dari tarikh ditangkap terhadap empat tertuduh dalam perbicaraan kes bunuh Hasleza yang juga isteri kedua Raja Dihilir Perak.

Perbicaraan itu diadakan di Mahkamah Tinggi Taiping pada 25 April 2003 yang keseluruhannya berlangsung 41 hari sejak 21 Januari tahun itu.

Empat tertuduh ialah tukang kayu, Sabarudin Non, 34; nelayan, J Manimaran, 25; bomoh, Rahim Ismail, 47, dan pekerja istana Raja Dihilir Perak, Tengku Aristonsjah Tengku Mohd Ansary, 40.

Sabarudin dan Manimaran pada asalnya dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) iaitu membunuh Hasleza dengan niat pada 6 Oktober 2002 di Kilometer 63 Jalan Sumpitan, dalam daerah Larut Matang dan Selama, Perak, antara jam 6 petang dan 11 malam.

Rahim dan Tengku Aristonsjah pula dituduh bersubahat dengan Sabarudin dan Manimaran. Keempat-empat mereka menghadapi hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, dalam penghakimannya, Mohd Noor meminda pertuduhan ke atas Sabarudin dan Manimaran kepada Seksyen 304 KK iaitu menyebabkan homisid atau membunuh tanpa niat ke atas Hasleza.

Pertuduhan ke atas Rahim dan Tengku Aristonsjah juga dipinda kepada bersubahat dengan Sabarudin dan Manimaran mengikut seksyen sama.

Sebelum ini, seorang lagi tertuduh, Mat Saad Mat Isa, 50, dituduh bersama Sabarudin dan Manimaran, namun mengaku bersalah pada 28 Januari lalu sejurus menerima tuduhan membunuh tanpa niat yang ditawarkan kepadanya. Dia dikenakan hukuman 14 tahun penjara.

Mat Saad yang juga tertuduh pertama kemudian menjadi saksi pendakwa ke-34 dan memberi keterangan untuk menyokong kes pendakwaan. Dalam keterangannya, dia mengaku menetak leher Hasleza di jambatan Jalan Sumpitan.

KES 5
PEMBUNUHAN CANNY ONG LAY KIAN


Mendiang Canny Ong Lay Kian

DIROGOL, dibunuh dan dibakar. Itulah azab yang terpaksa ditanggung penganalisis teknologi maklumat (IT), Canny Ong Lay Kian sebelum mayatnya ditemui dalam sebuah lubang di Batu 7, Jalan Klang Lama pada 17 Jun 2003.

Empat hari sebelum itu, Canny diculik ketika pergi ke Pusat Beli-Belah Bangsar bersama ibunya untuk meraikannya pulang ke Malaysia selepas berada lama di Amerika Syarikat kerana mengikut suaminya, Brandon Ong.

Dia bagaimanapun hilang ketika mengambil tiket letak kereta yang ditinggalkan dalam keretanya di tingkat bawah kompleks itu.

Berdasarkan kamera litar tertutup (CCTV) pusat beli-belah itu, Canny dilihat menaiki Proton Tiara milik ibunya, V Pearly. Ibunya membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur.

Canny menjadi mangsa lelaki ‘gila seks’. Tertuduh yang juga pembersih kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris didakwa menikam perut mangsa selepas melampiaskan nafsunya antara jam 1 dan 5 pagi pada 14 Jun 2003.

Lebih kejam, tubuhnya disumbat ke dalam lubang dan Ahmad Najib membakar mayat mangsa dengan minyak.

Malah, Ahmad Najib menutup mayat mangsa dengan papan tanda jalan sebelum meletakkan dua biji tayar yang bersimen dan seterusnya menutup lubang dengan papan.

Ketika dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), mayat mangsa didapati putus antara bahagian badan dan kakinya.

Bahagian luar kemaluan mayat itu juga didapati terbakar, bagaimanapun tiada kesan seluar dalam ditemui.

Hasil bedah siasat pakar patalogi serta ujian DNA mengesahkan mayat itu adalah Canny dan berita itu menghancurkan hati keluarganya yang sebelum ini yakin Canny masih hidup.

Hasil siasatan menerusi imej CCTV, polis akhirnya menahan Ahmad Najib di rumahnya di Kampung Kerinchi, Pantai Dalam pada 20 Jun 2003 dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Petaling Jaya, 13 hari kemudian.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi jenayah rogol dan Seksyen 302 kanun sama bagi jenayah membunuh yang boleh membawa hukuman mati.

Pihak pendakwaan berjaya membuktikan ada kes prima facie terhadap tuduhan merogol dan membunuh selepas perbicaraan selama 52 hari itu dilakukan.

Pada 23 Februari 2005, Ahmad Najib dihukum gantung sampai mati atas tuduhan membunuh dan penjara maksimum 20 tahun serta 10 sebatan atas tuduhan merogol Canny.